Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Buat Graduan

Anda graduan lepasan Ijazah atau diploma/STPM/Sijil yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tahun 2022 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2022.

Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan EAIC dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Komunikasi Korporat, EAIC.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
  • Jawatan: Personel MySTEP
  • Penempatan:  Bahagian Komunikasi Korporat
  • Tempoh perkhidmatan: Sehingga Julai 2022
  • Kadar Upah: RM2,000 (bertaraf Ijazah Sarjana Muda) RM1,800 (bertaraf Diploma)
  • Tarikh tutup permohonan: 24 Januari 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas

Setaraf Ijazah Sarjana Muda

  • Ijazah Sarjana Muda dalambidang Komunikasi Massa/ Multimedia/ media Kreatif atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai kemahiran dalam mengendalikan media sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Tiktok, Clubhouse, LinkedIn dan lain-lain) seperti cross-posting, Facebook Live, virality dan juga real time postiings bagi liputan program/aktiviti
  • Mempunyai kemahiran menulis/ copywriting dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik

Setaraf Diploma/ STPM

  • Diploma dalam bidang Seni Kreatif, Seni Bina Dalaman, Seni Lukis atau Seni Reka atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere atau yang berkaitan dengan penghasilan rekaan grafik, animasi grafik dan grafik video serta penghasilan slaid untuk pembentangan seperti PowerPoint Advanced, Issuu, Visme atau Prezi

SKOP TUGAS

Skop tugas personel MySTEP di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ini adalah:

Setaraf Ijazah Sarjana Muda

  • Bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan kreatif dan panulisan berbentuk promosi, penjelasan/ penerangan serta laporan bagi pengisian akaun rasmi media sosial dan kandungan laman sesawang Suruhanjaya
  • Bertanggungjawab melaksana pemantauan trend, perpepsi dan reaksi terhadap program, dasar dan isu semasa berkaitan Suruhanjaya atau pemegang taruh melalui media sosial

Setaraf Diploma/ STPM

  • Bertanggungjawab dalam penyediaan infografik, videografik dan rekaan visual secara harian dan mingguan bagi tujuan muat naik di akaun rasmi media sosial, laman sesawang, bahan-bahan paeran dan penerbitan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 24 Januari 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:

  • Resume
  • Gambar
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil / transkrip akademik

Kemukakan dokumen ke alamat emel berikut:

  • nazatulshyma@eaic.gov.my ; atau
  • azali.ahmad@eaic.gov.my ; atau
  • abdillah_laoding@eaic.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma