Cara Mohon Jawatan MySTEP Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melalui Email

MySTEP merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Bahagian ICT Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di bawah inisiatif MySTEP tahun 2022.
Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan dan berkhidmat bagi tahun 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Angkatan Pertahanan Awam malaysia (ICT)
- Nama jawatan: Personel MyStep
- Penempatan: Ibu Pejabat APM, Sengai Merab Kajang
- Tempoh perkhidmatan: Mac – Disember 2022
- Tarikh tutup permohonan: 11 Februari 2022
- Gaji ditawarkan: RM2,000
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Antara kemudahan disediakan kepada personel MySTEP adalah:
- Cuti Rehat
- Cuti Sakit
- Caruman KWSP
- Caruman PERKESO
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan MySTEP yang ditawarkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Telah mendapatkan dos imunisasi Covid-19 yang lengkap
- Berkelayakan setaraf Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang berikut:
– Perancangan Strategik ICT
– Pengurusan Projek ICT
– Kejuruteraan Perisian
CARA MEMOHON
Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 11 Februari 2022. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar dokumen yang diperlukan kepada alamat emel berikut:
- nithia@civildefence.gov.my
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dikemukakan:
- Resume beserta gambar
- Transkrip akademik
- Dokumen berkaitan
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2022
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP