MyJob@Wilayah: Lebih 1,000 Graduan Bakal Dapat Kerja Dengan Gaji Minima RM2,000

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperkenalkan Skim MyJob@Wilayah di bawah Wilayah Cakna yang bakal memberi manfaat peluang pekerjaan untuk kira-kira 1,000 graduan menganggur.

Skim tersebut juga selaras dengan inisiatif Wilayah Cakna yang diperkenalkan KWP bagi membantu golongan sasar termasuk penghuni PPR yang melibatkan kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan syarikat swasta seperti Top Glove.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim MyJob@Wilayah.

MyJob@Wilayah: Lebih 1,000 Graduan Bakal Dapat Kerja Dengan Gaji Minima RM2,000

INISIATIF MYJOB@WILAYAH

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, lebih 1,000 graduan muda  dijangka akan mendapat:

  • Pendedahan kepada industri binaan di bawah skim MyJob@WilayahPrihatin yang membabitkan kerjasama dengan lebih 30 pemaju di Wilayah Persekutuan
  • Peluang pekerjaan kepada warga kota khususnya graduan muda yang menganggur
  • Peluang kerja buat golongan belia
  • Lebih 500 kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Pemaju yang baru mendapat Kelulusan Pelan Pembangunan (DO) akan di beri:

  • Insentif tertentu dengan syarat antara lain mereka mesti mengambil anak muda profesional khasnya graduan muda menganggur

GAJI DITAWARKAN

Graduan juga akan diberi gaji berjumlah:

  • Minima RM2,000 sebulan

Graduan akan berkhidmat dengan syarikat tersebut sekurang-kurangnya dua tahun. Graduan yang merupakan warga kota dan masih mencari pekerjaan patut gunakan peluang ini sebaiknya. Anda diminta untuk ambil perhatian dengan setiap makluman terbaru. Setakat ini, tiada maklumat permohonan dikeluarkan lagi.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma