Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Kemasukan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda UMK Sesi Februari 2021 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • December 29, 2020 • 2 min baca

Permohonan Kemasukan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda UMK Sesi Februari 2021 Dibuka
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Malaysia Kelantan kini menawarkan kemasukan pelajar ke Program Ijazah Sarjana Muda. Permohonan yang kini dibuka adalah bagi pengambilan Februari 2021.

Terdapat pelbagai program pengajian ditawarkan buat individu yang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UMK. Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian sehingga 17 Januari 2021.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan program pengajian UMK di perkongsian bawah.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan:

Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (FKP)

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian (Bertemuduga)

Fakulti Industri Asas Tani (FIAT)

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Penternakan) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Jaminan Makanan) Dengan Kepujian

Fakulti Sains Bumi (FSB)

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) Dengan Kepujian

Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT)

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) Dengan Kepujian

Semak syarat khusus kelayakan bagi setiap program pengajian di bawah:

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen (salinan yang telah disahkan) yang perlu dimuat naik semasa permohonan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
  • Sijil SPM
  • Sijil STPM
  • Sijil Matrik/ Asasi/ Diploma
  • Transkrip Matrik/ Asasi/ Diploma penuh/ transkrip semester
  • Sijil MUET
Nota: Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi satu email sehingga 17 Januari 2021. Sila pastikan dokumen yang perlu dimuatnaik cukup sebelum membuat permohonan. Klik pautan berikut untuk membuat permohonan:

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UMK 

Permohonan yang diisi lengkap dan dokumen yang perlu dimuat naik lengkap seperti diminta sahaja akan diproses.

TARIKH PENTING SEMAKAN & PENDAFTARAN

  • Tarikh buka permohonan: 20 Disember 2020
  • Tarikh tutup permohonan: 17 Januari 2021
  • Tarikh semak keputusan: 14 Februari 2021
  • Tarikh pendaftaran: 14 Mac 2021

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Bahagian Pentadbiran Akademik, Seksyen Pengambilan 09-779 7615/ 7612/ 7607.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.