Cara Mohon Program MySTEP JKM Dengan Minima Diploma Melalui Email

Jabatan Kebajikan Masyarakat kini membuka tawaran jawatan kosong sebagai Personel MySTEP buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan bidang kerja yang ditawarkan.

MySTEP merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya. Banyak manfaat menjadi Personel MySTEP buat calon yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan MySTEP JKM yang ditawarkan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jawatan: Personel MySTEP
  • Status lantikan: Kontrak
  • Penempatan: Unit Pembangunan Organisasi, Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Putrajaya
  • Gaji ditawarkan: RM1,800 (termasuk caruman KWSP & PERKESO)
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Ogos 2022

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya
  • Mahir menggunakan perisian Microsoft Excel (Keutamaan kepada calon yang memiliki sijil kemahiran penggunaan Microsoft Excel)

GAJI DAN KEMUDAHAN DITAWARKAN

Berikut adalah gaji dan kemudahan yang ditawarkan kepada Personel MySTEP:

  • Gaji ditawarkan: RM1,800 (Termasuk caruman KWSP & PERKESO)
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO

DESKRIPSI TUGAS

JKM telah menetapkan deskripsi tugas yang akan dilakukan oleh Personel MySTEP adalah seperti berikut:

  • Membantu menyelaras data di Unit Pembangunan Organisasi
  • Pengumpulan dan semakan data
  • Membantu urusan pentadbiran dan operasi

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan sebagai Personel MySTEP seperti yang ditawarkan, permohonan perlu dihantar sebelum 30 Ogos 2022 ke alamat email berikut:

  • po@jkm.gov.my

Berikut adalah perkara yang anda perlu hantar untuk buat permohonan melalui email:

  1. Sediakan Resume yang sesuai beserta gambar berwarna
  2. Sijil akademik

Resume yang dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri yang dicari oleh majikan agar lebih mudah untuk anda terpilih menyandang jawatan yang dimohon. Ketahui cara menulis resume yang baik dan perkataan-perkataan yang perlu dielakkan dalam menulis resume.

PANDUAN MOHON KERJA MELALUI EMAIL

Bagi pemohon yang pertama kali memohon kerja melalui email, pastikan anda tidak hantar dokumen semata-mata dan jangan biarkan email anda kosong.

Apa yang perlu ada dalam email memohon kerja?

  • Panggilan majikan/ HR (Tuan/Puan)
  • Matlamat email dihantar
  • Maklumat lulusan akademik
  • Jenis jawatan yang dimohon
  • Tempoh latihan yang calon lakukan sekarang (sekiranya ada)
  • Sebab mengapa anda rasa anda layak mohon
  • Makluman resume disertakan
  • Maklumat untuk dihubungi
  • Kepilkan Resume & dokumen seperti yang diminta

Pemohon boleh rujuk panduan lengkap ayat yang boleh dimasukkan dalam email permohonan kerja DI SINI.

Nota: Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma