Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir N19 KPM Melalui Email Dengan Kelayakan SPM

MySTEP 2021 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Peluang mengikuti program MySTEP di KPM kini dibuka buat lepasan SPM.

Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan bagi jawatan PERSONEL MySTEP dengan status lantikan KONTRAK.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran jawatan MySTEP KPM dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), KPM
  • Nama jawatan: MyStep [Pembantu Tadbir N19]
  • Taraf jawatan: Gred 19
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2021 (Selasa)
  • Gaji ditawarkan: RM1,600 (termasuk caruman KWSP, cuti tahunan & cuti sakit)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan MySTEP yang ditawarkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan
  • Keutamaan kepada yang memiliki pengalaman dan kemahiran dalam bidang ICT

CARA MEMOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2021. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar RESUME YANG LENGKAP beserta gambar berukuran pasport yang terkini serta salinan sijil akademik dan dokumen yang telah disahkan kepada alamat emel berikut:

  • azlina.awang.moe.gov.my
  • norsuhailah.mohd@moe.gov.my

*TAJUK EMEL: PERMOHONAN MySTEP

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas berikut:

  • Puan Nor Azlina binti Awang: 03 8884 1097
  • Puan Norsuhailah binti Mohd Isa: 03 8884 1167

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma