Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Kuarantin Di Rumah Bagi Pengembara Yang Lengkap Vaksinasi

Oleh Cikgu Shaari • September 21, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Kuarantin Di Rumah Bagi Pengembara Yang Lengkap Vaksinasi
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi diberi pilihan untuk kuarantin di rumah apabila mereka tiba di Malaysia. Pengembara tersebut mestilah buat permohonan terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran. Permohonan kini telah dibuat mulai 21 September 2021.

Walaubagaimanapun, permohonan secara online boleh dibuat oleh pengembara yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja. Pengembara yang tiba pada dan selepas 28 September juga perlu memohon melalui portal yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan kuarantin di rumah dan semak syarat kelayakan.

SYARAT KELAYAKAN

Individu yang boleh buat permohonan kuarantin di rumah adalah terdiri daripada:

  • Pengembara yang lengkap divaksin
  • Rumah atau tempat kediaman mestilah sesuai berdasarkan penilaian risiko
  • Ujian PCR Covid-19 adalah negatif dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat buat permohonan:

  • Layari moh.gov.my untuk membuat permohonan bermula dari 21 September 2021
  • Permohonan perlu dibuat 7 hingga 10 hari sebelum tarikh ketibaan di Malaysia
  • Semua ketibaan dari 28 September 2021 dan ke atas perlu memohon melalui portal HQA
  • Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja

PANDUAN PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan moh.gov.my. Klik Apply Now untuk mohon.

Rujuk panduan permohonan kuarantin di rumah di gambar bawah:

Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja. Untuk maklumat lanjut berkenan permohonan kuarantin di rumah, anda boleh terus ke laman ecovid19.moh.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.