Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Jimat Air 1.0: Cara Claim Baucar Shopee RM200 Untuk Pembelian Mesin Basuh

Oleh Cikgu Shaari • September 21, 2021 • 2 min baca

Jimat Air 1.0: Cara Claim Baucar Shopee RM200 Untuk Pembelian Mesin Basuh
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran hebat,Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini menjalankan kempen Jimat Air 1.0 yang menawarkan e-Rebat bagi pembelian mesin basuh di Shopee.

Sesuai untuk pengguna Shopee yang berhasrat nak beli mesin basuh baru! Jika berminat, anda boleh dapatkan e-Rebat bagi pembelian mesin basuh di aplikasi Shopee.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kempen dan baucar Jimat Air 1.0 yang ditawarkan.

TAWARAN JIMAT AIR 1.0

Pengguna Shopee yang telah aktifkan atau verify Shopee akan dapat e-baucar sebanyak:

  • RM200

SYARAT TAWARAN

Untuk makluman anda, TIADA syarat pembelian khusus dikenakan kepada orang ramai yang ingin dapatkan e-Rebat ini. Anda hanya perlu verify akaun ShopeePay anda untuk dapatkan baucar.

Berikut adalah panduan verify akaun ShopeePay anda:

  1. Klik pada bahagian ShopeePay anda
    Jimat Air 1.0: Cara Claim Baucar Shopee RM200 Untuk Pembelian Mesin Basuh
  2. Pergi ke bahagian  ShopeePay Setting
  3. Di bahagian IC Verification, klik Set Now
  4. Ambil gambar kad pengenalan dan gambar anda
  5. Tick pada kotak yang disediakan dan klik Confirm

CARA TEBUS BAUCAR JIMAT AIR 1.0

Pengguna yang telah berjaya verify akaun ShopeePay tidak perlu buat sebarang penebusan.

  • Baucar RM200 akan dikreditkan secara automatik ke bahagian “My Voucher” anda pada 24 September 2021
  • Tambah barangan dengan label Jimat 1.0 ke troli anda
  • Untuk pembelian, pilih baucar Jimat Air 1.0 dan bayar menggunakan ShopeePay semasa checkout

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kempen Jimat Air 1.0, anda boleh hubungi SPAN di talian 03 8317 9333 atau melayari laman web SPAN di https://www.span.gov.my/

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.