Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Tahun Ini Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
Seperti yang kita sudah tahu, semua urusan permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam adalah melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). Pasti ada yang tertanya-tanya, boleh ke mohon kerja kerajaan melalui email? Tidak boleh, kecuali bagi program MySTEP yang dibuka untuk permohonan melalui email.
November tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme bagi membantu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja atau menganggur.
Inisiatif ini merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya.
Seperti yang diiklankan, semua urusan permohonan untuk Personel MySTEP adalah melalui email sahaja, tanpa menggunakan SPA9. Bagi yang berminat untuk memohon, ikuti panduan di bawah.
Baca juga: Manfaat & Kemudahan Personel mySTEP
Isi Kandungan
CARA MOHON KERJA MELALUI EMAIL
Nak mohon kerja kerajaan melalui email, pastikan anda tidak hantar email kosong yang hanya hantar dokumen yang diperlukan semata-mata. Pastikan ada cover letter dalam Bahasa Melayu yang mengandungi:
- Panggilan majikan/ HR (Tuan/Puan)
- Matlamat email dihantar
- Maklumat lulusan akademik ( Nama IPT dan program pengajian)
- Jenis jawatan yang dimohon
- Tempoh latihan yang calon lakukan sekarang (sekiranya ada)
- Makluman resume disertakan
- Maklumat untuk dihubungi
- Kepilkan Resume & dokumen seperti yang diminta
KENAPA PERLU ADA MAKLUMAT DALAM EMAIL?
Antara sebab mengapa maklumat-maklumat tersebut perlu ada dalam email calon adalah:
- Kelihatan lebih profesional
- Majikan akan anggap calon serious dalam permohonan kerja
- Majikan dapat kenali calon secara sepintas lalu
- Pengecaman calon oleh majikan lebih mudah
- Email yang kosong akan memberi tanggapan yang tidak bagus kepada majikan
Rujuk: Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MyStep
CONTOH EMAIL TERBAIK UNTUK MOHON KERJA KERAJAAN
Contoh 1 – Lepasan SPM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tuan/Puan
Perkara: Permohonan Jawatan MySTEP
Merujuk perkara di atas saya Nurul Binti Ali ingin memohon pekerjaan sebagai personel MySTEP di syarikat tuan/puan seperti yang diiklankan
Di sini, saya kepilkan bersama resume yang mengandungi maklumat diri saya. Saya berharap agar saya akan diterima/dicalonkan untuk ditemuduga.
Kerjasama serta keprihatinan pihak tuan/puan amatlah saya harga.
Sekian, terima kasih.
Nurul Binti Ali
Tel: 0123456789
Email: nurulali@yahoo.com
Contoh 2 – Graduan
Tuan/Puan
Saya Aina Binti Abu, 22 tahun baru sahaja menamatkan pengajian di UiTM Puncak Alam dan telah bergraduasi pada November 2020 dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda perakaunan.
Saya berminat untuk memohon jawatan yang tuan/puan iklankan iaitu sebagai Personel MySTEP. Saya telah sediakan resume dan sijil yang berkaitan untuk rujukan pihak tuan/puan.
Segala maklumbalas dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan boleh menghubungi saya melalui:
Tel: 0123456789
Emel: ainaabu@yahoo.comSekian, terima kasih
Contoh 3
Assalamualaikum.
Tuan/Puan,
Saya Aini Binti Hakimi ingin memohon untuk mengisi jawatan kosong sebagai Personel MySTEP seperti yang diiklankan di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Saya dari Universiti Kebangsaan Malaysia lulus pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan bakal bergraduasi pada Februari 2021.
Untuk pengetahuan Tuan/ Puan, saya sekarang di dalam tempoh training di syarikat Honda Malaysia Sdn Bhd untuk tempoh kontrak.
Disini, saya sertakan bersama resume dan dokumen diminta sebagai rujukan pihak Tuan/Puan.
Saya boleh dihubungi di talian 0123456789 atau melalui email di alamat ainihakimi@yahoo.com.
Sekian, terima kasih.
Bila dah ada cover letter yang cantik seperti di atas, jangan lupa pula kepilkan bersama dokumen yang diminta seperti resume, CV, sijil akademik dan sebagainya. Pastikan semua dokumen termasuk resume dihantar dalam fail bentuk PDF dan tidak mempunyai kata laluan.
Rujuk: Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Jawatan MyStep
Mudahkan urusan majikan, pasti anda mudah diterima kerja. Iklan jawatan Personel MySTEP kerajaan dan swasta diupdate dari masa ke semasa di laman graduan.co dan kerjaya.co.