Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Permohonan Keluar & Masuk Negara Boleh Dibuat Melalui MyTravelPass

Oleh Cikgu Shaari • November 6, 2020 • 2 min baca

Permohonan Keluar & Masuk Negara Boleh Dibuat Melalui MyTravelPass
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bermula 7 Oktober lepas, semua permohonan kebenaran masuk dan keluar negara bagi warganegara Malaysia dan warganegara asing boleh dibuat menggunakan sistem MyTravelPass.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, ia bagi menggantikan sistem lama bagi semua jenis permohonan yang sebelum ini menggunakan emel agensi itu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan keluar dan masuk negara.

PEMBANGUNAN SISTEM MYTRAVELPASS

Jabatan ini telah menerima aduan tentang kelewatan mendapatkan keputusan. Perkara ini berlaku kerana terlalu banyak emel yang diterima setiap hari.

Kira-kira 3,000 hingga 6,000 emel permohonan diterima JIM setiap hari bagi semua jenis permohonan. Oleh sebab itu, JIM telah mengambil langkah pro-aktif dengan menambahkan baik sistem MyTravelPass sebagai single window.

Ia bagi memudahkan rakyat tempatan dan warga asing untuk membuat permohonan keluar atau masuk ke negara ini. MyTravelPass ini merupakan salah satu inisiatif End to End (E2E) perkhidmatan kerajaan untuk memantapkan sistem penyampaian.

Permohonan Keluar & Masuk Negara Boleh Dibuat Melalui MyTravelPass

JENIS PERMOHONAN YANG DIBENARKAN

Untuk permulaan, sebanyak lapan kategori permohonan boleh dikemukakan melalui MyTravelPass iaitu:

  • Permohonan masuk melalui Singapura Reciprocal Greed Lane (RGL) dan Periodical Commuting Arrangement (PCA)
  • Permohonan keluar oleh warganegara Malaysia atas sebab yang boleh dipertimbangkan (urusan rasmi, kematian atau sebagainya)
  • Permohonan masuk oleh warga asing atau penduduk tetap (PR)
  • Permohonan masuk oleh majikan bagi kategori Pembantu Rumah Asing (PRA)
  • Pas Lawatan kerja Sementara (PLKS)
  • Pasangan kepada warganegara Malaysia atau pasangan kepada PR atau anak kepada warganegara Malaysia atau anak kepada PR
  • Permohonan masuk dan keluar oleh warga asing kategori ekspatriat dan permohonan masuk oleh warga asing kategori Malaysia My Second Home (MM2H)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan keluar masuk negara boleh dibuat melalui sistem online MTP iaitu di pautan berikut:

Kelulusan ini hanya untuk perjalanan sehala sahaja. Pemohon perlu mengemukakan permohonan baru untuk perjalanan seterusnya.

Permohonan Keluar & Masuk Negara Boleh Dibuat Melalui MyTravelPass

Bagi waragenagara asing pula, anda hanya perlu ikuti prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen seperti di pautan berikut:

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Setelah siap permohonan, anda boleh buat semakan secara online di pautan berikut:

Permohonan Keluar & Masuk Negara Boleh Dibuat Melalui MyTravelPass

Untuk maklumat lanjut mengenai MyTravelPass, anda boleh hubungi Jabatan Imigresen Malaysia di http://eapp.imi.gov.my/spo.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.