Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Terbuka Buat Lepasan SPM & STPM
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan kini membuka peluang kerjaya sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 khas buat lepasan SPM/SKM, STPM, Diploma dan setaraf.
Sekiranya anda seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan, anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.
Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan info lanjut jawatan yang ditawarkan dan panduan membuat permohonan di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
- Jawatan: Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Lokasi Kekosongan: Negeri Sembilan
- Tarikh Tutup Permohonan: 30 Mei 2021 (Ahad)
- Bilangan Kekosongan: 71
SYARAT LANTIKAN
Calon lepasan SPM yang memenuhi syarat lantikan berikut adalah dialu alukan untuk memohon jawatan:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,353.00) atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,409.40) atau
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,409.40) atau
iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,465.80) atau
v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,465.80)
CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian SPM/Setaraf . Pilih jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!
IKLAN JAWATAN
Rujuk iklan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) seperti yang ditawarkan: