Permohonan BPN Kini Dibuka Kepada Pemohon Berstatus Muflis & Disenarai Hitam Mulai 6 April
Kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar pandangan rakyat dalam memastikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) dinikmati semua penerima yang layak dan tiada yang tertinggal.
Isi Kandungan
MUFLIS & SENARAI HITAM BOLEH MOHON BPN
Oleh itu kerajaan telah memutuskan bahawa pemohon yang layak menerima BPN Hasil tetapi berstatus muflis atau disenarai hitam turut boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi BPN Hasil LHDN di www.hasil.org.my atau di bpn.hasil.gov.org.
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA
Permohonan bagi pemohon berstatus muflis atau disenarai hitam boleh dibuat mulai 6 April 2020.
Setiap permohonan dari golongan berstatus muflis atau disenarai hitam akan diproses berdasarkan syarat-syarat permohonan BPN yang telah ditetapkan.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
CARA PEMBAYARAN
Bagi permohonan yang layak dan lulus, pembayaran secara tunai akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
Seperti biasa sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan boleh ajukan permasalahan anda kepada LHDN melalui chanel di bawah:
a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter ~ https://twitter.com/LHDNMofficial