Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia Sehingga RM1,000 Dibuka [Pembaikan Di Bengkel Tidak Berdaftar]
Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar. Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk Bengkel Tidak Berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai 19 Januari di portal rasmi ataupun secara manual.
Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia. Anda juga boleh semak senarai PUSAT SERVIS BERDAFTAR untuk buat tuntutan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dan kelayakan yang diperlukan.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Mangsa banjir yang layak akan terima bantuan seperti berikut:
- Bantuan sehingga RM1,000
- Bagi setiap kenderaan (maksimum 5 kenderaan)
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bagi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 19 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022
KELAYAKAN PERMOHONAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Pemohon
- Warganegara Malaysia
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
- Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR)/ Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan
- Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam
Ahli Isi Rumah (AIR)
- Terhad kepada hubungan Pasangan/ Ibu/ Bapa/ Anak/ Adik Beradik/ Cucu
Syarat Tuntutan
- Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.
- Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.
- Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan
DOKUMEN DIPERLUKAN
Tuntutan bantuan boleh dibuat dengan menyediakan dokumen berikut:
- Resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak/ musnah akibat banjir
CARA MOHON
Individu yang berkelayakan dan ingin membuat tuntutan bantuan RM1,000 boleh buat permohonan melalui kaedah berikut:
- Permohonan secara dalam talian di Portal Bantuan Automotif Keluarga Malaysia di (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my/)
- Permohonan secara manual di mana-mana Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau cawangan LHDM berdekatan. Download borang permohonan di bawah:
(Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.bantuanautomotif.hasil.gov.my atau hubungi talian 1-800 88 2747/ 03 8882 4565/ 03 8882 4566 untuk sebarang pertanyaan.