MARA Integrated Smart Auto: Tawaran Skim Kemudahan Pembiayaan MISA Sehingga RM1 Juta
Skim Kemudahan Pembiayaan MISA (MARA Integrated Smart Auto) disediakan khas bagi membantu usahawan dalam bidang automotif mengembangkan perusahaan sejak ia mula diperkenalkan pada 2013.
Ia juga ditawarkan khusus kepada usahawan automotif yang berhasrat untuk meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada yang berkonsepkan 3S merangkumi Sales, Services dan Spare Parts.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
- Nama Pembiayaan: Skim Kemudahan Pembiayaan MISA (MARA Integrated Smart Auto)
- Had pembiayaan: RM1,000,000.00
- Tempoh pembiayaan: 1 – 10 tahun @ 12 – 120 bulan
- Kadar Keuntungan: 2% (Kadar Tetap)
TUJUAN PEMBIAYAAN MISA
Tujuan Skim Kemudahan Pembiayaan MISA (MARA Integrated Smart Auto) disediakan adalah untuk:
- Menambah bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang automotif yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part)
- Memberi peluang dan membantu usahawan untuk menaiktaraf standard bengkel sedia ada kepada yang berskala besar
SKOP PEMBIAYAAN
Pembiayaan ini membiayai:
- Modal pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
- Ubah suai Premis/ Bengkel
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat asas yang perlu dipenuhi adalah:
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 20-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
- Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Berikut adalah syarat-syarat khusus permohonan:
- Mempunyai pengalaman teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang automotif dan telah mempunyai bengkel serta ingin mengembangkan dan mempelbagaikan perkhidmatan perniagaan automotif mereka dengan strategi conversion
- Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk Tempoh tiga (3) tahun terkini.
CARA MOHON
Usahawan yang berminat dengan pembiayaan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara online di pautan berikut:
PERMOHONAN MARA INTEGRATED SMART AUTO (MISA)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.mara.gov.my.