Maksud “To, Cc & Bcc” Dalam Email. Nak Mohon Kerja Wajib Tahu! Jangan Main Hantar Jer

Perasan tak ada satu bahagian email akan ada maklumat “To, CC dan BCC”? Pasti ramai yang perasan, tetapi tidak ramai yang tahu apa maksud sebenar istilah tersebut. Yang ramai tahu hanyalah “TO”, namun apa pula maksud CC dan BCC?

Bagi mereka yang bekerja dalam sektor pengurusan dan pentadbiran mungkin sudah biasa dengan perkara ini kerana setiap hari berurusan dengan email. Orang ramai yang masih tidak tahu atau ingin mohon kerja melalui email, pastikan anda ambil tahu!

Ikuti perkongsian di bawah untuk fahami maksud-maksud To, CC dan BCC dalam email.

MAKSUD TO, CC & BCC DALAM EMAIL

To

To dalam email bermaksud email tersebut ditujukan kepada siapa (individu tertentu) dan hanya individu yang di dalam kategori “To” sahaja yang perlu membalas email tersebut.

Contohnya jika iklan permohonan kerja meminta anda hantar resume kepada satu email yang dinyatakan, pastikan anda masukkan email yang dinyatakan dalam bahagian “To”.

Apabila anda menerima sesuatu email, pastikan anda melihat dahulu adakah email itu diajukan kepada anda seorang, atau terdapat “CC”.

CC (Carbon Copy)

Jika anda menerima email dan email anda dalam kategori “To”, cuba lihat di bahagian “CC”, ada tak email lain juga? CC bermaksud Carbon Copy. Mereka yang terletak dalam kategori CC TIDAK PERLU balas email tersebut.

“CC” adalah sebagai salinan dari penghantar email, kebiasaanyanya untuk memaklumkan individu lain tentang email tersebut.

Jika ada email lain dalam “CC”, pastikan anda membalas email tersebut dengan “Reply All”, untuk pastikan semua email menerima maklum balas anda.

BCC (Blind Carbon Copy)

BCC bermaksud Blind Carbon Copy. Sebagai penerima email yang berada dalam To atau CC, anda TIDAK TAHU siapa yang di bahagian BCC. Ini kerana BCC tidak akan keluar dalam email details. Ringkasnya, BCC adalah orang tersembunyi yang juga terima email, tetapi hanya penghantar sahaja tahu.

Biasanya individu dalam bahagian BCC ini adalah majikan. Jadi, pastikan anda sentiasa reply email dengan penuh etika.

Contoh situasi HR hantar email tentang cadangan cuti tanpa gaji kepada anda, dia “CC” kepada accound, dan “BCC” kepada majikan, kerana majikan nak tahu apa respon anda.

Jadi pastikan anda sentiasa beradap setiap kali balas email walaupun anda rapat dengan penghantar.

Baca juga: Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang ingin mohon kerja melalui email ataupun yang kini sedang bekerja tetapi masih tidak tahu penggunaan To, CC dan BCC ini. Pengetahuan asas ini wajib diketahui oleh setiap orang kerana kebanyakan urusan rasmi adalah melalui email.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma