Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Maksud Status Bantuan Khas Covid-19 & Sebab Tidak Tersenarai Sebagai Penerima BKC

Oleh Cikgu Shaari • September 7, 2021 • 2 min baca

Maksud Status Bantuan Khas Covid-19 & Sebab Tidak Tersenarai Sebagai Penerima BKC
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mulai 6 September 2021, orang ramai dah boleh buat semakan status kelayakan BKC kelayakan masing-masing melalui Portal Rasmi BKC yang disediakan khas untuk orang ramai mendapatkan maklumat dan semak status Bantuan Khas Covid-19.

Semakan boleh dibuat dengan log masuk ke laman tersebut menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan. Bila dah log masuk, status kelayakan akan dipaparkan. Tak tahu maksud status yang dipaparkan?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maksud-maksud status BKC dan alasan kenapa anda tidak tersenarai sebagai penerima BKC.

MAKSUD STATUS BKC YANG DIPAPARKAN

Berikut adalah maksud-maksud status kelayakan BKC yang dipaparkan:

  • Dalam Proses Pengkreditan
    – Pembayaran BKC dalam proses pengkreditan ke akaun bank. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.
  • Gagal Kredit
    – Penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad
  • Pembayaran Secara Tunai
    – Pembayaran BKC secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BKC di Kaunter BSN mulai 6 September 2021
  • Tidak Tersenarai Sebagai Penerima BKC
    – Baca sebab status ini dipaparkan di bawah.

SEBAB TIDAK TERSENARAI SEBAGAI PENERIMA BKC

Semakan kelayakan akan dibuat bagi penerima BKC berdasarkan data permohonan BPR 2021 dan juga percukaian yang dilaporkan. Antara sebab tidak tersenarai sebagai penerima BKC adalah seperti berikut:

Data BPR 2021

  • Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021
  • Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia
  • Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak
  • Pemohon/ Pasangan adalah penerima GKP
  • Bekerja/ menetap di luar negara

Data Percukaian

  • Pemohon/ pasangan adalah penerima GKP
  • Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40
  • Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi tahun Taksiran 2020
  • Pembayar cukai meninggal dunia
  • Bekerja/ menetap di luar negara

Penentuan kategori penerima BKC adalah muktamad berdasarkan semakan permohonan BPR 2021 dan juga data percukaian yang telah dilaporkan. Buat masa ini, masih tiada makluman berkenaan permohonan rayuan bagi yang tidak berkelayakan. Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.