Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Jom Kenali Logo Malaysia MADANI! Ini Maksud Logo Malaysia MADANI Yang Anda Kena Tahu

Oleh Cikgu Shaari • February 2, 2023 • 2 min baca

Jom Kenali Logo Malaysia MADANI! Ini Maksud Logo Malaysia MADANI Yang Anda Kena Tahu
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perdana Menteri mengusulkan Malaysia MADANI sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya. Kita pastinya berusaha agar nilai-nilai ini digerak serta dilaksana sebaiknya.

Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi, Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.  Kerangka Malayaisa Madani menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Jom kenali logi Malaysia MADANI! Ikti perkongsian di bawah untuk ketahui maksud logo Malaysia MADANI.

MAKSUD MALAYSIA MADANI

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama.

Madani ialah kerangka dasar terdiri enam tonggak dasar iaitu:

  • KeMampanan
  • KesejAhteraan
  • Daya cipta
  • HormAt
  • KeyakiNan
  • Ihsan

Baca lagi: Maksud Malaysia Madani, Rukun Dan Konsep Pelaksanaan Yang Anda Perlu Tahu

MAKSUD LOGO MALAYSIA MADANI

Berikut adalah maksud-maksud di sebalik logi Malaysia MADANI:

  • Jalur – Lima jari dengan jalur merah putig merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • Bulan Sabit – bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Warna Biru – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • Warna Merah – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • Warna Kuning – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • Warna Putih – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Semoga perkongsian maksud logo Malaysia MADANI ini dapat menambahkan lagi pengetahuan anda terutama calon yang bakal hadir temuduga kerja kerajaan!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.