Maksud Malaysia Madani, Rukun Dan Konsep Pelaksanaan Yang Anda Perlu Tahu

Malaysia Madani ialah satu dasar kepemimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Anwar Ibrahim yang dilancarkan pada Januari 2023. Secara amnya, Malaysia Madani berfokuskan kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik.

Konsep Malaysia Madani ini menggantikan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Bagi calon yang bakal hadir ke temuduga kerajaan, perkara ini adalah pengetahuan am yang anda wajib tahu! Mana tahu ditanya dalam temuduga nanti.

Ikuti perkongsian di bawha untuk ketahui maklumat lanjut maksud Malaysia Madani dan konsep pelaksanaan Malaysia Madani.

MAKSUD MALAYSIA MADANI

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama.

Madani ialah kerangka dasar terdiri enam tonggak dasar iaitu:

  • KeMampanan
  • KesejAhteraan
  • Daya cipta
  • HormAt
  • KeyakiNan
  • Ihsan

Madani menyentuh pencorakan masa depan, penuhi potensi rakyat dan negara; dan Madani jadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan:

  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Perundangan
  • Pendidikan
  • Kemasyarakatan
  • Budaya
  • Bandar
  • Luar Bandar

KEUTAMAAN MALAYSIA MADANI

Antara 3 keutamaan yang diberi fokus dalam pelaksanaan Malaysia Madani adalah:

  • Keutamaan 1: Membasmi Kemiskinan
  • Keutamaan 2: Penstrukturan semula eknomomi
  • Keutamaan 3: Memulih dan menjana ekonomi

PELAKSANAAN MALAYSIA MADANI

Masyarakat

  • Pelihara rakyat daripada kancah perkauman; dan
  • Meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat

Pendidikan

  • Pemansuhan dasar yang membebankan guru dan pelajar, serta penerapan pemikiran kritis dan kreatif
  • Fokus pembangunan sahsiah atau ‘character development’
  • Menggerakkan pemodenan sistem universiti; dan
  • Mewujudkan ijazah berkaitan industri dengan fokus kepada teknologi baharu, mewujudkan kajian bidang-bidang baharu, termasuk pendekatan baharu terhadap ekonomi manusiawi, ihsan dan mampan

Alam Sekitar

  • Komitmen net-zero green house emissions 2050; dan
  • Laksana komitmen berasaskan pelaksanaan holistik dan tidak silo

Tenaga

  • Menggerakkan peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga hijau
  • Memupuk ekonomi hijau memerlukan komitmen penuh sektor awam dan swasta

Perundangan

  • Suatu undang-undang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan Malaysia akan digubal

Cukai

  • Memperkenalkan cukai kemampanan; dan
  • Cukai kemampanan merangkumi aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial, dan isu-isu khusus di peringkat tempatan dan antarabangsa

Teknologi

  • Sektor pembuatan mendakap prinsip daya cipta,
  • Perubahan radikal persiap negara menghadapi kerancakan revolusi industri dan teknologi pertanian,
  • Pasaran kerja akan berubah dengan penggunaan Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang canggih, kecerdasan buatan; dan
  • Siap siaga berdepan tsunami digital dengan kedatangan ChatGPTv

Kemajuan Desa

  • Menubuhkan pusat luar bandar dan pusat universiti beri fokus meneroka aspek Pertanian 4.0 daya cipta pertanian moden; dan
  • Memperhebat daya cipta pertanian moden dan pertanian pintar berasaskan teknologi

Institusi

  • Menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi bebas, yang berhubung langsung dengan industri pada aspek yang berbeda dalam Industri 4.0.;
  • Usaha sudah dimulakan untuk membuka ruang kepada bekalan kenderaan elektrik (EV) agar melabur di Malaysia; dan
  • Pembinaan infrastruktur untuk keperluan kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan tanpa pemandu

Media bermaruah

  • Menghormati privasi, kebenaran dan keadilan dalam media arus perdana dan media sosial;
  • Bebas daripada laporan tidak beretika, prasangka, dan campur tangan politik; dan
  • Penyuburan budaya hormat-menghormati, yang menjadi sendi kepada Madani

Penilaian Prestasi

  • Memperkenalkan mekanisme baharu penilaian prestasi sektor awam lebih holistik iaitu Malaysian Government Performance Index (MyGPI);
  • MyGPI menilai pengurusan organisasi dan pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus ke arah reformasi sektor awam, menyumbang kepada peningkatan imej dan kedudukan negara di peringkat global, pemudahcaraan komuniti perniagaan dan kesejahteraan rakyat; dan
  • Pencapaian diukur kira aspek kepimpinan, pematuhan, inklusif, responsif, integriti dan ketelusan serta prestasi sektor awam yang dinamik, berkesan dan berpaksikan rakyat
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma