Cara Buat Makluman Pesara Meninggal Dunia Melalui Email. Ini Dokumen Yang Diperlukan

Ramai yang tidak tahu bahawa jika pesara kerajaan ataupun penerima pencen terbitan meninggal dunia, pemakluman kematian boleh dilakukan melalui email sahaja. Waris hanya perlu sediakan beberapa dokumen sokongan yang diminta untuk dihantar melalui email.

Ada juga waris yang hantarkan buku bank ke dan kad ATM Bank ke Bahagian Pasca Perkhidmatan Pencen. Tidak perlu!

Untuk pemakluman pesara atau penerima pencen terbitan meninggal dunia, anda hanya perlu ikut langkah berikut.

PEMAKLUMAN MELALUI EMAIL

Sekiranya Pesara mahupun Penerima Pencen Terbitan yang meninggal dunia, pemakluman kematian boleh dibuat dengan emailkan secara rasmi ke alamat:

  • mypesara@kwap.gov.my

DOKUMEN SOKONGAN

Pemakluman kematian melalui email mestilah disertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Sijil Kematian; dan
  • Salinan Kad Pesara/ Salinan Kad Pengenalan gemulah (si mati)

Bila dah selesai pemakluman kematian pesara/ penerima pencen terbitan melalui email, sebarang maklumat susulan akan dibalas melalui email pemaklum. Tidak perlu hantar kad ATM Bank dan Buku Bank milik gemulah sekali untuk pemakluman.

CONTOH EMAIL PEMAKLUMAN

Berikut adalah contoh email rasmi yang boleh anda gunakan untuk pemakluman pesara/ penerima pencen terbitan meninggal dunia:

PESARA/ PENERIMA PENCEN TERBITAN TELAH MENINGGAL DUNIA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan ini dimaklumkan penerima pencen berikut telah meninggal dunia. Maklumat adalah seperti berikut:

i) Nama penerima pencen terbitan:
ii) No. Kad Pengenalan:
iii) Tarikh meninggal dunia:
iv)No. pesara:

PERMOHONAN PENCEN TERBITAN

Waris yang layak boleh buat tuntutan pencen terbitan sekiranya pesara telah meninggal dunia bagi meringankan beban kewangan waris tanggungan gemulah. Berikut adalah cara membuat permohonan tuntutan pencen terbitan:

Bagi kematian Penjawat Awam dalam tempoh perkhidmatan, waris boleh menuntut beberapa faedah yang disediakan DI SINI.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pemakluman kematian pesara, anda boleh terus emailkan ke alamat mypesara@kwap.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma