Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Daftar SSM: Pendaftaran Perniagaan Percuma Untuk Belia & Ibu Tunggal

Oleh Cikgu Shaari • December 16, 2020 • 3 min baca

Daftar SSM: Pendaftaran Perniagaan Percuma Untuk Belia & Ibu Tunggal
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memahami masalah rakyat yang ramai terjejas pendapatan akibat daripada penularan wabak Covid-19, pelbagai langkah dan iniasitif dilakukan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan rakyat dari semua golongan terus menjana pendapatan untuk keselesaan hidup.

Satu inisiatif baru telah diperkenalkan untuk golongan belia dan ibu tunggal B40 iaitu inisiatif pendaftaran perniagaan percuma bagi menggalakkan golongan tersebut untuk menjana pendapatan dengan berniaga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran perniagaan percuma bagi golongan belia dan ibu tunggal.

KAEDAH PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata,

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan merangka kaedah bersesuaian bagi membolehkan golongan berkenaan memanfaatkan skim pendaftaran perniagaan percuma

OBJEKTIF PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA

Usaha SSM memperluaskan inisiatif pendaftaran perniagaan percuma kepada golongan belia dan ibu tunggal B40 adalah bagi:

  • Mencetus minat berniaga dalam golongan ini
  • Menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan ini untuk menceburi bidang perniagaan
  • Membolehkan golongan ini menjana pulangan pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan seharian mereka
  • Merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan di negara ini
  • Merangsang dan merancakkan pertumbuhan sektor perdagangan domestik akibat impak pandemik Covid-19

SKIM 1 PELAJAR 1 PERNIAGAAN (S1P1P)

SSM juga menggalakkan belia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017.

SKIM 1 OKU 1 PERNIAGAAN (S1OKU1P)

Golongan OKU juga disarankan untuk memanfaatkan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) yang ditawarkan SSM bagi mendaftar perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma. Skim ini mula diperkenalkan pada 23 Oktober 2012.

INISIATIF SSM

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh SSM untuk membantu semua golongan dalam perniagaan, antaranya:

  • Pembangunan produk SSM BizTrust pada 20 Julai 2017, bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang beretika dalam talian
  • Lanjutan tempoh pendaftaran SSM BizTrust percuma hingga 31 Disember 2021
  • Tempoh moratorium 30 hari dari tarikh berakhir PKP untuk menyerahkan dokumen berkanun SSM mengikut Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu dikemukakan mulai 18 Mac hingga 30 September lalu
  • Pengecualian fi lewat serah simpan bagi dokumen berkanun
  • Pelanjutan masa untuk serah simpan penyata kewangan kepada SSM bagi tahun kewangan berakhir 1 September 2019 hingga 31 Mac 2020.
  • Pelanjutan masa juga diberikan kepada syarikat untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan. Syarikat perlu membuat permohonan kepada SSM dan pengecualian fi sebanyak RM100 diberikan bagi kedua-dua tujuan berkenaan

Baca juga: Panduan Lengkap ezBiz SSM: Cara Renew SSM Secara Online

Untuk maklumat lanjut cara membuat pendaftaran perniagaan percuma bagi golongan belia dan ibu tunggal B40 seperti yang diperkenalkan, perkongsian ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.