Senarai Lokasi Institut Latihan KKM Untuk Menjalani Latihan Separa Perubatan

Anda berminat untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil? Calon yang berjaya dipilih latihan ini akan mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Permohonan bagi sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan dibuka dua kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika nak tahu di mana lokasi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi menjalani Latihan Separa Perubatan, ikuti perkongsian di bawah.

TEMPOH LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Calon yang berjaya dapat tawaran akan menjalani Latihan Separa Perubatan di ILKKM terpilih sepanjang tempoh berikut:

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil – 2 tahun
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma – 3 tahun

Baca juga: Kelebihan & Kekurangan Latihan Separa Perubatan Yang Anda Kena Tahu

SENARAI LOKASI INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM)

Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut adalah lokasi-lokasi ILKKM di seluruh negara:

  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Alor Setar, Kedah
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Batu Pahat, Johor
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Bertam,Pulau Pinang
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Cawangan Georgetown
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Cawangan Kuala Terengganu
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Cawangan Kuantan, Pahang
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kangar, Perlis
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kubang Kerian, Kelantan
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Melaka
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Muar, Johor
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sandakan, Sabah
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sg Petani, Kedah
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sibu, Sarawak
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Tawau, Sabah
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kesihatan Awam) Kuching, Sarawak
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Alor Setar, Kedah
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Seremban, Negeri Sembilan
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Teknologi Makmal Perubatan) Kuala Lumpur
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru, Johor
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching, Sarawak Kuching
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sg Buloh, Selangor
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
  • Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang

Baca juga: Proses Pengambilan & Haluan Kerjaya Selepas Tamat Latihan Separa Perubatan 

Untuk makluman anda, calon tidak semestinya ditempatkan di negeri masing-masing. Penempatan ILKKM adalah mengikut ketetapan KKM. Jadi, anda perlu bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi ILKKM yang ditetapkan.

Setiap pelatih Separa Perubatan akan menerima pelbagai elaun/ biasiswa sepanjang tempoh latihan.

MOHON LATIHAN SEPARA PERUBATAN KKM

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma