Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tarikh & Kaedah Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UPM Sesi 2022/2023 Secara Online

Oleh Cikgu Shaari • January 10, 2023 • 2 min baca

Tarikh & Kaedah Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UPM Sesi 2022/2023 Secara Online
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di peringkat pengajian Bacelor, Master dan PhD boleh buat permohonan Bantuan Zakat Pelajar melalui Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) secara atas talian bagi Semester kedua sesi 2022/2023 yang akan dibuka dalam bulan ini.

Pelajar yang ingin membuat permohonan boleh mengisi borang permohonan di laman sesawang yang disediakan dan buat permohonan segera bagi memudahkan pihak WAZAN memproses permohonan anda. Permohonan di luar tempoh yang diberikan tidak digalakkan.

Rujuk info lanjut permohonan zakat UPM di perkongsian bawah.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan zakat pelajar UPM bagi sesi 2022/2023 adalah:

  • Pelajar Asasi
    – 16 Januari – 28 Mei 2023
  • Pelajar Diploma
    – 9 Januari – 23 April 2023
  • Pelajar Ijazah, Sarjana & PhD
    – 13 Mac – 25 Jun 2023

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan bantuan zakat yang perlu dipenuhi:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia / Pemaustatin Tetap
  • Berdaftar sepenuh masa sahaja
  • Terbuka kepada pelajar Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD
  • Pemilihan berdasarkan garis panduan pengiraan had kifayah
  • Setiap permohonan TIDAK terikat dengan sesi temubual
  • Pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Online beserta dokumen sokongan yang diperlukan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai lampiran yang wajib dikemukakan/ muat naik semasa buat permohonan:

CARA MOHON

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan di laman sesawang berikut:

Pemohon mestilah log masuk ke ke UPMID terlebih dahulu untuk mengisi borang permohonan bantuan zakat yang disediakan.

Untuk info lanjut berkenaan permohonan bantuan zakat pelajar UPM, anda boleh hubungi:

  • Pejabat: 03 9769 6156
  • Hotline: 010 789 8566
  • Emel: wazan@upm.edu.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.