Berminat Memasuki Latihan Separa Perubatan? Ini Jawatan Yang Perlu Anda Mohon Dalam SPA8i
Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pelajar lepasan SPM yang berusia 17 tahun hingga 25 tahun. Pemohon yang melepasi syarat kelayakan dan melepasi ujian akan ditawarkan untuk program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil.
Tawaran latihan ini agak popular dalam kalangan pemohon SPA kerana jaminan pekerjaan lepas tamat Latihan Separa Perubatan dan lepasan SPM juga berpeluang untuk memohon.
Bagi yang berminat untuk memasuki Latihan Separa Perubatan, anda boleh ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai jawatan yang perlu anda mohon dalam sistem SPA8i.
Isi Kandungan
PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN SPA
Seperti yang semua tahu, permohonan untuk memasuki Latihan Separa Perubatan adalah dalam sistem SPA8i. Berikut adalah nota penting mengenai permohonan Program Latihan Separa Perubatan SPA:
- Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
- Sebarang surat menurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan
- Tempoh sah laku permohonan adalah setahun
- Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
- Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Baca juga: Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Diploma & Sijil
SENARAI JAWATAN DIPLOMA GRED29
Berikut adalah senarai jawatan yang perlu dipohon untuk program Diploma Gred U29:
- Juru X-ray
- Jurupulih Perubatan (Anggota)
- Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
- Jururawat
- Juruterapi Pergigian
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Jurteknologi Pergigian
- Penolong Pegawai Farmasi
- Penolong Pegawai perubatan
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
SENARAI JAWATAN SIJIL GRED U19
Berikut adalah senarai jawatan yang perlu dipohon untuk memasuki program Sijil Gred U19:
- Pembantu Pembedahan Pergigian
- Pembantu Kesihatan Awam
KELAYAKAN UMUR
Kelayakan umur untuk memasuki Latihan Separa Perubatan adalah:
- Berumur 17 hingga 25 tahun
- Tidak melebihi 38 tahun
- Tidak melebihi 51 tahun
KATEGORI AMBILAN
Berikut adalah beberapa kategori ambilan Latihan Separa Perubatan:
- Calon Ambilan terus
- Calon pegawai Sedang Berkhidmat
- Calon Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pelatih yang layak akan menerima elaun setiap bulan dan disediakan kemudahan-kemudahan yang kondusif di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas tamat pengajian, pelatih Separa perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan ke Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus ke Portal Rasmi SPA atau Facebook Rasmi SPA.
Baca juga: Cara Mohon Latihan Separa Perubatan Lepasan SPM. Dijamin Tempat Kerja Dalam Kerajaan.