Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

EC Smart Machining Quality System IR 4.0: Tawaran Program Latihan Tajaan PTPK Buat Graduan

Oleh Cikgu Shaari • December 11, 2020 • 1 min baca

EC Smart Machining Quality System IR 4.0: Tawaran Program Latihan Tajaan PTPK Buat Graduan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Selangor Human Resource Development Centre dengan tajaan PTPK menawarkan EC Smart Machining Quality System IR 4.0. Program ini terbuka untuk individu dengan latar belakang yang relevan dan berminat untuk belajar dan menyesuaikan aplikasi baru berkaitan dengan industri 4.0.

Program ini akan memberi pendedahan dan latihan langsung yang komprehensif dalam sistem kualiti teknologi canggih  berkaitan mesin dan industri 4.0.

Sekiranya berminat, semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan di perkongsian bawah.

MODUL DAN PENSIJILAN

  • Kemahiran menggunakan peralatan pengukur bersepadu
  • Mengendalikan reka bentuk CAD dan kawalan perancangan mesin
  • Pemasangan komponen pembuatan
  • Persijilan HWK
  • Persijilan Modular JPK

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan menyertai program ini adalah:

  • Program tajaan PTPK
  • Latihan pasca peluang pekerjaan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon program yang ditawarkan:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 30 tahun
  • Lepasan Diploma atau Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Pembuatan, Industri Automasi, Tool & Die, CAD CAM, Mould Making, Pembuatan Acuan dan setara
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh mohon sekarang dengan hantar resume anda ke alamat berikut:

  • Email: jurainan@shrdc.org.my

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Puan Aina melalui WhatsApp di talian 013 2096936 atau hubungi talian +603 5513 3560.

EC Smart Machining Quality System IR 4.0: Tawaran Program Latihan Tajaan PTPK Buat Graduan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.