Cara Mohon Salinan Sijil SPM, PMR, STPM & MUET Melalui e-Lembaga Peperiksaan (eLP) •Bantuan Yuran Tadika Selangor RM50 Sebulan, Ini Syarat Dan Cara Mohon TUNAS YAWAS •Dah Dapat Tawaran KPTM? Ini 4 Langkah Penting Yang Pelajar Perlu Buat Segera •Klik Terima Tawaran TVET 2026 Dibuka Mulai 25 Mei, Calon Perlu Buat Pilihan Segera •Cara Bina Networking Untuk Dapat Kerja Tahun 2026, Bukan Sekadar Hantar Resume • Cara Mohon Salinan Sijil SPM, PMR, STPM & MUET Melalui e-Lembaga Peperiksaan (eLP) •Bantuan Yuran Tadika Selangor RM50 Sebulan, Ini Syarat Dan Cara Mohon TUNAS YAWAS •Dah Dapat Tawaran KPTM? Ini 4 Langkah Penting Yang Pelajar Perlu Buat Segera •Klik Terima Tawaran TVET 2026 Dibuka Mulai 25 Mei, Calon Perlu Buat Pilihan Segera •Cara Bina Networking Untuk Dapat Kerja Tahun 2026, Bukan Sekadar Hantar Resume •

Daftar Latihan Modular Industri Perak, Terima Elaun RM500 & Peluang Pekerjaan Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • November 17, 2021 • 2 min baca

Daftar Latihan Modular Industri Perak, Terima Elaun RM500 & Peluang Pekerjaan Disediakan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Perak meluluskan pelaksanaan Program Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) sebagai salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak dalam menggiatkan usaha membantu permasalahan kelompok terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka melalui tiga (3) kategori iaitu Latihan Peralihan Tenaga Kerja, Latihan Pengekalan Tenaga Kerja dan Latihan Peningkatan Kemahiran.

Skim Latihan Modular Pacuan Industri Negeri Perak merupakan latihan kemahiran yang dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan kemahiran melalui latihan jangka pendek kepada peserta. Individu berumur 18 tahun ke atas yang berminat sertai latihan kemahiran dan dapatkan tawaran pekerjaan boleh daftar program yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran bagi yang berminat.

MANFAAT PROGRAM

Peserta program ini akan mendapat manfaat berikut:

  • Elaun latihan sebanyak RM500
  • Persijilan di bawah industri
  • Tawaran pekerjaan selepas latihan
  • Latihan secara percuma

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan Skim Latihan Modular Pacuan Industri Negeri Perak ini terbuka kepada:

  • Penduduk di Negeri Perak
  • Berumur 18 hingga 40 tahun

PROGRAM LATIHAN/ JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program latihan/ jawatan yang ditawarkan:

  • Juruteknik Automotif, (25 Kekosongan) KAMPAR
  • Welder, Blast & Painting Technician, Fitter ( 45 Kekosongan ) , BATU GAJAH
  • Welder Helper ( 20 Kekosongan ), MANJUNG
  • Service Crew ( 10 Kekosongan ), IPOH
  • Penyelia Penyedia Makanan ( 30 Kekosongan ) , IPOH
  • Pembantu Pastry Chef ( 10 Kekosongan ), IPOH
  • Non Destructive Tester, Welding QC & Inspector ( 36 Kekosongan ), BATU GAJAH
  • Machine Technical Operator ( 20 Kekosongan) , PUSING
  • Kitchen Crew ( 10 Kekosongan ), IPOH
  • Kitchen Crew (Chef, Cook, Steward Bartender) (13 Kekosongan), BATU GAJAH
  • CADCAM Draftman, PLC Operator, CNC Operator ( 17 Kekosongan ), BATU GAJAH
  • Service Crew, Front Floor Service Crew (13 Kekosongan), BATU GAJAH
  • Mekanik & Pembantu Mekanik, (9 Kekosongan),SILIBIN

CARA DAFTAR

Sekiranya anda rakyat negeri Perak yang berminat untuk bina kerjaya melalui latihan kemahiran PERCUMA yang ditawarkan, anda boleh buat pendaftaran secara online sekarang. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program yang ditawarkan anda boleh hubungi pekerja bertugas melalui talian WhatsApp berikut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.