Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •Dah Resign Tapi Gaji Akhir Belum Masuk? Ini Hak Pekerja Yang Ramai Tak Tahu •IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik • Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •Dah Resign Tapi Gaji Akhir Belum Masuk? Ini Hak Pekerja Yang Ramai Tak Tahu •IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik •

[Download] Jadual Waktu Peperiksaan SPM, STAM & Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa 2021

Oleh Cikgu Shaari • November 18, 2021 • 2 min baca

[Download] Jadual Waktu Peperiksaan SPM, STAM & Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022.

Selaras dengan pengumuman Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 di mana pelajar akan mula memasuki penggal 3 pada 2 Januari 2022, KPM kini telah menyediakan jadual waktu peperiksaan/ ujian bagi peperiksaan SPM, STAM dan UPBA yang boleh calon muat turun untuk rujukan.

Bagi yang masih keliru dengan sesi persekolahan tahun 2021 dan tarikh mula sesi 2022, anda boleh rujuk jadual sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 dan takwim persekolahan tahun 2022.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENTING TAHUN 2021

Perincian mengenai waktu peperiksaan/ujian ini boleh di muat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan atau pautan yang disediakan di bawah:

Jadual Waktu Ujian Bertutur, Ujian Mendengar dan Ujian Amali Sains SPM 2021

Jadual Waktu Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Mendengar Bahasa Melayu, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Inggeris dan Ujian Amali Sains Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2021

Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2021

Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun 2021.

Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021

Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa Tahun 2021.

Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my mulai 17 November 2021.

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN PUSAT & PEPERIKSAAN AWAM

Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.