Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Tawaran Penempatan Latihan Industri Pelbagai Bidang Di FELDA Terbuka Buat Pelajar IPT

Oleh Cikgu Shaari • November 2, 2022 • 2 min baca

Tawaran Penempatan Latihan Industri Pelbagai Bidang Di FELDA Terbuka Buat Pelajar IPT
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Panggilan buat pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S dalam atau luar negara! Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini membuka pengambilan pelajar Latihan Industri bagi tahun 2023.

Pelajar dalam pelbagai bidang pengajian dan berkelayakan yang bakal menjalani Latihan Industri pada tahun 2023 dipelawa untuk buat permohonan melalui email dalam tempoh permohonan dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran latihan industri dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Jenis jawatan: Latihan Industri (LI)
  • Pengambilan: Januari hingga Jun 2023
  • Peringkat pengajian: Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  • Tarikh tutup permohonan: 8 Disember 2022

BIDANG DITAWARKAN

Tawaran dibuka bagi penempatan calon dalam bidang-bidang berikut:

  • Asas tani
  • Kewangan
  • Pengurusan
  • Perladangan
  • Sosial
  • Teknologi

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran dibuka kepada calon-calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada Warga FELDA
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S dalam atau luar negara
  • Mendapat CGPA semasa 3.0 dan ke atas
  • Tempoh latihan tidak kurang dari 60 hari
  • Bertepatan dengan bidang keutamaan berkaitan FELDA
  • Bayaran elaun tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

CARA MOHON

Sekiranya anda sedang mencari penempatan Latihan Industri tahun 2023 dan berminat untuk menjalankan latihan di FELDA, anda boleh buat permohonan dalam tempoh permohonan dibuka melalui email. Permohonan mestilah dihantar ke alamat email berikut:

  • Emel: uljsm.felda@felda.net.my

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan tawaran Latihan Industri di FELDA< anda boleh terus hubungi alamat dan talian berikut:

  • Jabatan Pengurusan Modal Insan FELDA
    Tingkat 41, Menara FELDA, Platinum Park
    No.11, Persiaran KLCC
    50088 Kuala Lumpur
  • Tel: 03 21912191

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.