Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Barang Pos Hilang Atau Dicuri? Ini Cara Buat Laporan SKMM & Tuntut Sehingga RM5,000

Oleh Cikgu Shaari • September 23, 2022 • 2 min baca

Barang Pos Hilang Atau Dicuri? Ini Cara Buat Laporan SKMM & Tuntut Sehingga RM5,000
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Akhir-akhir ini semakin banyak kes yang melibatkan syarikat kurier apabila barang yang dipos oleh pelanggan telah hilang ataupun dicuri. Tambahan pula kini ramai yang gunakan perkhidmatan kurier untuk hantar barangan yang dibeli secara online. Bila membuat aduan pada syarikat kurier tersebut, adakalanya syarikat seolah-olah mahu lepas tangan.

Cara paling mudah syarikat suruh isi borang ‘claim’ untuk ganti rugi, namun barang yang hilang atau rosak harganya sangat mahal sedangkan tuntutan ganti rugi hanya boleh dapat sekitar RM100 hingga RM300 sahaja.

Tahu tak anda sebenarnya boleh buat laporan pada SKMM dan buat tuntutan sehingga RM5,000? Ketahui caranya di perkongsian bawah.

Baca: Cara Claim Sehingga RM400 Jika Barang Dari J&T Rosak Atau Hilang

SISTEM ADUAN MCMC

Sistem Aduan MCMC adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor Komunikasi dan:

  • Telekomunikasi
  • Penyiaran
  • Perkhidmatan Pos/ kurier
  • Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)

CARA BUAT LAPORAN SKMM

Langkah pertama yang anda perlu buat adalah berbincang dengan baik dengan syarikat kurier terlebih dahulu. Namun jika anda masih tidak berpuas hati, cara terakhir adalah membuat laporan pada SKMM.

Anda barangan yang dipos hilang atau dicuri namun pihak syarikat kurier tidak mahu bertanggungjawab, cara terbaik anda haruslah membuat aduan kepada SKMM untuk tindakan lebih lanjut.

Berikut adalah panduan buat laporan SKKM atau barang hilang atau dicuri:

  1. Pergi ke laman https://aduan.skmm.gov.my/
  2. Klik +ADUAN BARU untuk mula buat aduan
  3. Jenis Aduan pilih Complaint dan Jenis Perkhidmatan anda pilih Postal/ Courier Services
  4. Bahagian kategori anda pilih Postal & Courier Service.

  5. Di Subkategori, pilih jenis laporan anda
  6. Lengkapkan maklumat diri yang diminta
  7. Lengkapkan Maklumat Aduan
  8. Masukkan Lampiran atau bukti yang berkaitan aduan
  9. Klik pada kotak disediakan dan klik Hantar/ Submit

Tunggu maklum balas atau buat semakan status aduan melalui laman yang sama. Sekiranya tiada maklum balas, anda boleh terus ke langkah berikutnya. Rujuk di bawah:

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.