Cara Buat Laporan Keputusan Ujian Kendiri Covid-19 Di MySejahtera

Kit Ujian Kendiri Covid-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Ia tidak menggantikan fungsi diagnostik realtime reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk Covid-19 tetapi mempunyai kelebihan mengesan status Covid-19 individu dengan cepat dan mudah.

Sekiranya anda ada sebarang gejala jangkitan Covid-19 atau merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19, anda dinasihatkan untuk buat ujian kendiri di rumah menggunakan test kit Covid-19 yang boleh didapatkan di mana-mana farmasi atau kedai terdekat. Namun, individu yang telah buat ujian kendiri Covid-19 diminta untuk buat laporan keputusan ujian kendiri di aplikasi MySejahtera.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat laporan keputusan ujian kendiri Covid-19 di aplikasi MySejahtera.

SIAPA YANG PERLU BUAT LAPORAN KEPUTUSAN UJIAN?

Untuk makluman anda, semua keputusan ujian kendiri PERLU DILAPORKAN melalui aplikasi MySejahtera sama ada keputusan:

  • Positif
  • Negatif
  • Tidak sah

CARA BUAT LAPORAN KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID-19

berikut adalah panduan buat laporkan keputusan ujian kendiri Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Pilih “Ujian Kendiri Covid-19”
  3. Pilih “Kemas kini Keputusan Ujian Kendiri”
  4. Isikan butiran alamat anda
  5. Pilih tempat kit ujian kendiri diperolehi
  6. Pilih jenis sampel anda
  7. Pilih keputusan ujian anda dan tekan “Hantar”

Siap! Status di MySejahtera anda akan dikemaskini dalam tempoh tertentu. Pastikan anda dapatkan test kit yang LULUS MDA dan tahu cara penggunaan yang betul untuk keputusan yang TEPAT.

Rujuk: 16 Jenis Kit Ujian Kendiri Covid-19 Lulus MDA, Harga & Cara Saringan Covid-19 Sendiri Di Rumah

TINDAKAN SEKIRANYA ANDA DISAHKAN POSITIF/ KONTAK RAPAT

Sekiranya anda merupakan kontak rapat kepada kes Covid-19, boleh rujuk:

Individu yang didapati positif atau kontak rapat perlu ikut protokol bagi kes & kontak rapat yang dikeluarkan oleh KKM berikut:

  • Jika disahkan postif
    – Kuarantin diri selama 10 hari
    – Tidak perlu mengulangi ujian semula
  • Jika anda kontak rapat yang telah lengkap divaksin
    – Kuarantin diri selama 7 hari
    – Ulangi ujian RT-PCR/ RTK- Antigen pada hari kelima (5)
  • Jika anda kontak rapat yang belum lengkap/ tiada vaksin
    – Kuarantin diri selama 10 hari
    – Ulangi ujian RT- PCR/RTK- Antigen pada hari kelapan (8)

Pastikan anda kongsikan kepada rakan-rakan mengenai info penting ini untuk sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam membantu kurangkan penularan wabak Covid-19.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma