Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Rayuan Bagi Pengambilan Khas Guru One-Off 2021 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • November 18, 2021 • 2 min baca

Permohonan Rayuan Bagi Pengambilan Khas Guru One-Off 2021 Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin memaklumkan bahawa graduan dan bakal graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan yang telah memohon bagi urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off Tahun 2021 yang telah diiklankan pada 7 Julai 2021 tetapi tidak dipanggil temu duga boleh mengemukakan rayuan.

Ini bermaksud calon yang tidak dipanggil temuduga masih berpeluang untuk buat permohonan rayuan pengambilan khas guru one-off pada tarikh yang ditentukan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan rayuan temuduga pengambilan khas guru.

TARIKH RAYUAN PENGAMBILAN KHAS GURU ONE-OFF

Permohonan rayuan bagi pengambilan khas guru secara one-off dibuka pada:

  • Tarikh rayuan: 18 November hingga 26 November 2021 (Jam 12.00 Tengah Hari)

SYARAT PERMOHONAN RAYUAN

Untuk makluman anda, permohonan rayuan hanya akan dibuka untuk:

  • Rayuan terbuka kepada calon dengan Ikhtisas Pendidikan sahaja
  • Hanya calon yang pernah memohon bagi pengambilan khas ini sahaja yang akan dipertimbangkan untuk rayuan
  • Opsyen calon akan ditentukan oleh SPP tertakluk kepada kekosongan sedia ada
  • Permohonan rayuan tidak melayakkan calon untuk dipanggil temu duga secara automatik. Hanya calon yang melepasi tapisan rayuan sahaja akan dipanggil temu duga; dan
  • Sebarang rayuan tidak akan dilayan selepas tempoh ini dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat lanjut tentang proses rayuan akan dimaklumkan di dalam hebahan rayuan kelak.

CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN

Sekiranya calon berminat untuk meneruskan rayuan seperti ketetapan di atas, sila ke pautan berikut:

Pastikan anda hantar permohonan rayuan sebelum atau selewat-lewatnya pada 26 November 2021 jam 12.00 tengah hari.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.