Hartani-i Agrobank: Cara Mohon Pembiayaan Untuk Beli Tanah Pertanian

Anda berminat untuk tambah pendapatan dan mengusahakan aktiviti pertanian? Agrobank mempelawa orang ramai yang berkelayakan untuk mohon Hartani-i yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta individu berpendapatan stabil untuk tujuan membeli tanah petanian.

Pembelian tanah melalui pembiayaan ini termasuk pembelian terus daripada penjual atau melalui lelongan awam atau pembelian tanah yang akan atau telah dilelong oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan maklumat lanjut dan panduan buat permohonan pembiayaan Hartani-i di perkongsian bawah.

KONSEP SHARIAH DIGUNAPAKAI

Konsep shariah yang digunapakai bagi Hartani-i adalah Tawarruq. Tawarruq melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN HARTANI-I

  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 20 tahun
  • Pembiayaan semula: Dibenarkan
  • Kadar keuntungan: Kadar Asas + 4.10%
  • Margin Pembiayaan: Sehingga 90%

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas sehingga 60 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan
  • Terbuka kepada individu yang berpendapatan tetap dan stabil
  • Tanah yang hendak dibeli mempunyai geran hak milik individu atau tanah-tanah yang telah dipecah bahagi mengikut bahagian dan/atau yang akan mendapat hak milik individu sahaja yang boleh dipertimbangkan

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN

Berikut adalah ciri-ciri pembiayaan ditawarkan:

  • Pendapatan kasar bulanan minimum Pemohon:
    i) Kakitangan sektor kerajaan: RM1,500
    ii) Kakitangan sektor swasta: RM2,000
  • Bayaran ansuran pembiayaan adalah melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA, Arahan tetap, Potongan Gaji atau Cek Tertunda
  • Pemohon digalakkan mengambil Pelan Takaful Gadai Janji (MRTT)/ Pelan Takaful Gadai Janji Berkelompok (GCTT)
  • Tiada penalti bagi penyelesaian awal

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Tiga bulan Slip Gaji terkini bagi individu yang berpendapatan tetap
  • Enam bulan Penyata Bank bagi individu yang berpendapatan stabil
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Geran Tanah
  • Perjanjian Jual Beli
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon pembiayaan yang ditawarkan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang cara permohonan melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Pusat Panggilan Agrobank: 1 300 88 2476
  2. Layari laman sesawang rasmi Bank di www.agrobank.com.my
  3. Kunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan anda

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma