Cara Kemaskini MySejahtera Jika Positif Covid-19 / Kontak Rapat. Dah Tak Perlu Ke Hospital 

Anda diwajibkan untuk kuarantin apabila mendapat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order- HSO) melalui aplikasi MySejahtera. Kegagalan anda mematuhi perintah ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(5) Akta 342 dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.

Namun kini rakyat Malaysia yang disahkan positif sudah tidak perlu buat laporan di hospital atau hubungi Pejabat Kesihatan Daerah. Jika anda mendapati keputusan RTK anda menunjukkan anda positif Covid-19, anda mestilah mengisytiharkan sebagai positif Covid-19 di aplikasi MySejahtera.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan kemaskini MySejahtera atau buat laporan kendiri sekiranya didapati positif Covid-19.

CARA SAHKAN STATUS POSITIF DI MYSEJAHTERA

Berikut adalah panduan mengisytiharkan diri sebagai positif dalam aplikasi MySejahtera  jika disahkan Covid-19 selepas melakukan ujian RTK:

  1. Pada halaman utama MySejahtera, klik Lapor Kendiri Covid-19
  2. Pilih ” Kemas kini Keputusan Positif Covid-19″
  3. Isikan butiran dan muat naik keputusan ujian
  4. Muat semula profil anda selepas klik “Hantar”
  5. Notis Home Surveillance Order (HSO) akan dikeluarkan selepas 1 jam keputusan dimaut naik

PANDUAN KUARANTIN KENDIRI

Berikut adalah panduan yang anda perlu lakukan sekiranya menerima perintah kuarantin kendiri:

  1. Istihar kendiri status positif Covid-19 atau kontak rapat melalui MySejahtera
  2. Anda akan terima Perintah Kuarantin atau HSO melalui MySejahtera, tiada lagi gelang dipakaikan sekarang
  3. Dapatkan surat perintah kuarantin kendiri di MySejahtera untuk diserahkan kepada majikan
  4. Anda cuma perlu kuarantin di rumah sahaja dan menjawab soalan HAT di MySejahtera setiap hari sehingga tamat kuarantin
  5. Surat Pelepasan Kuarantin (RO) akan diberi secara digital setelah tamat tempoh kuarantin

Baca juga: Tempoh Isolasi/ Kuarantin Bagi Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat Mengikut Status Vaksinasi Covid-19

Sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, selsema, cirit birit dan lain-lain tetapi ujian RTK menunjukkan anda negatif, pastikan anda buat ujian PCR di klinik berdekatan untuk keputusan yang lebih tepat.

Orang ramai dinasihatkan untuk lengkapkan dos vaksinasi Covid-19 dan ambil dos penggalak bagi meningkatkan ketahanan diri terutamanya bagi kanak-kanak. Peningkatan kes kanak-kanak yang dijangkiti sejak akhir-akhir ini sangat ketara dan ibu bapa dinasihatkan untuk ambil langkah bijak demi menjaga kesihatan mereka.

Rujuk: Langkah Buat Tempahan Janji Temu Tarikh, Masa & Lokasi Vaksinasi Anak Melalui MySejahtera

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma