22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •Bantuan Umum Pelajaran (BUP) UKM Dibuka! Ini Cara Mohon & Syarat Lengkap Semester 2 2025/2026 •Cara Balas Email Terima Tawaran Kerja Yang Betul 2026 (Template + Contoh Siap Copy) •Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Paling Lengkap 2026 (Template + Cara Tulis Yang Betul & Mudah Lulus) •Geran Pelancongan Selangor 2026 Kini Dibuka! Peluang Besar Untuk Penganjur Event & Industri Pelancongan • 22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •Bantuan Umum Pelajaran (BUP) UKM Dibuka! Ini Cara Mohon & Syarat Lengkap Semester 2 2025/2026 •Cara Balas Email Terima Tawaran Kerja Yang Betul 2026 (Template + Contoh Siap Copy) •Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Paling Lengkap 2026 (Template + Cara Tulis Yang Betul & Mudah Lulus) •Geran Pelancongan Selangor 2026 Kini Dibuka! Peluang Besar Untuk Penganjur Event & Industri Pelancongan •

KWSP Beri Peringatan Waspada Emel Palsu Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar

Oleh Cikgu Shaari • January 29, 2021 • 2 min baca

KWSP Beri Peringatan Waspada Emel Palsu Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ahli KWSP, sila ambil perhatian! Memandangkan pengeluaran simpanan Akaun 1 melalui i-Sinar KWSP kini sedang mendapat perhatian ramai, pastikan anda sentiasa berwaspada dengan scammer-scammer yang giat menjalankan aktiviti mereka sekarang.

Scammer atau penipuan secara online ini sentiasa bijak mencari peluang untuk “merompak wang ” mangsa dengan pelbagai cara secara atas talian. Jadi kita sebagai pengguna mestilah bijak dalam berurusan, jangan sampai terkena.

Pihak KWSP melalui laman Facebook telah memberi peringatan buat pengguna berkenaan email palsu berkenaan bayaran lebihan cukai i-Sinar.

WASPADA EMAIL PALSU BAYARAN LEBIHAN CUKAI

Penipuan ini telah tular kepada beberapa pengguna yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Sinar. Email PALSU yang dihantar kepada ahli adalah:

  • Berkenaan bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran i-Sinar (EMEL PALSU)

Semua Ahli diminta waspada dan ABAIKAN emel berkenaan. Pihak KWSP telah menjelaskan bahawa:

  • Semua pengeluaran simpanan KWSP TIDAK DIKENAKAN CUKAI

KWSP juga ingin menegaskan bahawa emel tersebut adalah untuk phishing data peribadi ahli. Pastikan anda dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemaskini dari semasa ke semasa melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.

Ahli juga diminta untuk waspada dengan 5 LAGI PENIPUAN I-SINAR yang sedang berleluasa sekarang dan ketahui bahawa permohonan i-sinar kategori 3 adalah TIDAK WUJUD.

Baca juga: i-Sinar: Tempoh Diambil Untuk Kelulusan & Duit Masuk Bagi Permohonan Baru i-Sinar

KWSP Beri Peringatan Waspada Emel Palsu Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.