Permohonan Kursus Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan Kini Di Buka

Tahap kebersihan premis makanan yang tidak memuaskan serta meningkatnya laporan kejadian keracunan makanan telah mendorong KKM untuk meningkatkan lagi latihan kepada pengendali makanan.

Berdasarkan faktor dan beban kerja yang ditanggung, latihan pengendali makanan telah diswastakan dan dikendalikan secara lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang diiktiraf. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institusi swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan.

Untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar yang diiktiraf bagi Latihan Pengendali Makanan sila ikuti perkongsian di bawah untuk mendapatkan maklumat pengiktirafan serta syarat yang diperlukan.

PENGIKTIRAFAN TENAGA PENGAJAR LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi Latihan Pengendali makanan, anda perlu ikuti beberapa langkah untuk mendapat pengiktirafan.

Semua tenaga pengajar perlu lulus Ujian Saringan dan menjalani Kursus Wajib Tenaga Pengajar sebelum layak mendapat pengiktirafan KKM sebagai tenaga pengajar. Permohonan Pengiktirafan Baru Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Permohonan Kursus Tenaga Pengajar perlu menggunakan borang khusus seperti yang ditetapkan dalam garis panduan.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat yang diperlukan untuk membuat permohonan tenaga pengajar Latihan Pengendali Makanan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang Sains Makanan dan Teknologi Makanan atau bidang yang berkaitan dengannya.

PERMOHONAN KURSUS

Bagi membuat permohonan untuk menyertai kursus, anda boleh membuat melaui talian Food Handle Information System ( FoHTIS)

Kursus akan dijalankan selama 4 hari dengan bayaran yuran sebanyak RM1240.00 seorang tidak termasuk penginapan.

PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN

Setelah menjalani kursus dan lulus kursus wajib tenaga pengajar, pemohon perlu membuat permohonan pengiktirafan melalui talian Food Handle Training Information System (FoHTIS)

BAYARAN PENGIKTIRAFAN

Jika anda berjaya mendapat pengiktirafan setelah membuat permohonan, anda boleh memulakan kerjaya anda sebagai tenaga pengajar bagi Latihan Pengendali Makanan.

Bayaran bagi pengiktirafan baru adalah percuma manakala untuk pembaharuan setelah 3 tahun pengiktirafan adalah sebanyak RM100.00

Permohonan Kursus Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan

Jika anda berminat untuk ceburi dalam bidang tenaga pengajar Latihan Pengendali Makanan, anda boleh cuba untuk memohon dalam kursus ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma