Tahu Tak Membuat Tuntutan Palsu Boleh Menyebabkan Anda Di Buang Kerja. Sila Take Note Pegawai Kerajaan

Mana-mana Pegawai Kerajaan yang mengemukakan sebarang tuntutan palsu adalah melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4 (2) (f) dan 4 (2) (g), [P.U.(A) 395/ 1993] iaitu seseorang Pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

Tahu Tak Membuat Tuntutan Palsu Boleh Menyebabkan Anda Di Buang Kerja. Sila Take Note Pegawai Kerajaan

Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dijatuhi hukuman buang kerja! Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesalahan ini serta contoh kes yang berlaku berikutan kesalahan pegawai yang melakukan tuntutan palsu.

CONTOH-CONTOH KES TUNTUTAN PALSU OLEH PEGAWAI KERAJAAN YANG BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN.

1. Penjawat Awam Dipenjara, Denda Subahat Tuntutan Palsu.

Seorang penjawat awam dihukum penjara empat tahun dan denda RM55,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 13 January 2019 ata empat pertuduhan bersubahat dengan pemilih sebuah syarikat berhubung tuntutan palsu, empat tahun lalu.

Sumber : Berita Harian Online

2. Tuntutan Palsu, Pegawai Perhilitan Dipenjara, Didenda RM117,000

Seorang bekas pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jerantut dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM117,000 setelah didapati bersalah membuat tuntutan palsu berjumlah RM23,400 lima tahun lalu.

Sumber : Bernama, Astro Awani

3. Penjawat Awam Didakwa Enam Tuduhan Tuntutan Palsu

Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, atas enam tuduhan melakukan tuntutan palsu sebanyak RM1,858.60. Tertuduh sebagai penolong pegawai tadbir pejabat di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sabah, didakwa memperdayakan prinsipal pengarah dan penolong kementerian terbabit.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai yang tinggi.

Sumber : Utusan Borneo

4. Gara-gara Tuntutan Palsu, Kontraktor Dipenjara Tujuh Hari

Seorang kontraktor diperintahkan Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjalani hukuman penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah dengan niat membuat tuntutan palsu, dua tahun lalu.

Mohamad Rizal turut diarahkan membayar denda RM10,000 dan boleh dikenakan penjara selama enam bulan lagi sekiranya tidak menjelaskan bayaran tersebut.

Sumber : Sinar Harian

5. Penjawat Awam Didakwa Kemukakan Tuntutan Palsu Kerja Lebih Masa

Seorang pembantu perawatan kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini terhadap enam pertuduhan mengemukakan tuntutan elaun kerja lebih masa palsu yang keseluruhannya berjumlah RM3,134.67, dua tahun lepas.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai kesalahan atau denda RM10,000, yang mana lebih tinggi

Sumber : Sinar Harian

 

Semoga setiap kes yang dikongsikan di atas dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada anda semua. Jangan sesekali berani melakukan kesalahan tatatertib kerana buruk padahnya nanti. Ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tidak kira berapa lama kesalahan telah dilakukan, lambat laun pasti terbongkar juga.

Jika anda masih sayangkan kerjaya anda, elakkan daripada melakukan sebarang kesalahan yang membolehkan anda dikenakan tindakan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma