Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Bersediakah Kita Jika Gaji Di Potong Kesan Covid-19?

Oleh eduadmin • March 10, 2020 • 2 min baca

Bersediakah Kita Jika Gaji Di Potong Kesan Covid-19?
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Adakah kita ada pelan kontigensi sekiranya menerima memo syarikat meminta kita bercuti dan dipotong gaji kesan dari penularan Covid-19?

Untuk makluman, artikel ini penulis kongsikan semula hasil dari penulisan asal Merak Jalanan (Sinar Harian) yang bertajuk Bersediakah Kita Jika Gaji Di Potong Kesan Covid-19?. Agar penulisan ini dapat kita renung bersama.

MERAK Jalanan bersimpati dengan nasib kakitangan Malindo Air yang diminta bercuti dua minggu tanpa gaji dan dipotong gaji 50 peratus susulan wabak koronavirus (Covid-19).

Ia adalah keputusan yang terpaksa diambil setelah pelbagai langkah diambil syarikat penerbangan itu untuk menghadapi kekurangan pendapatan.

Sebelum itu, kawan-kawan Merak Jalanan yang majikan mereka di luar negara sudah melaksanakan potongan gaji 50 peratus ke atas pekerja.

Kawan Merak Jalanan yang bekerja sebagai pereka grafik syarikat yang beribu pejabat di Switzerland diberi kata dua sama ada menerima keputusan itu atau berhenti kerja.

Sudah pasti mereka terpaksa menerima keputusan itu kerana dalam keadaan ekonomi ketika ini amat sukar untuk mencari kerja baharu.

Jika Covid-19 berterusan, apa yang dihadapi Malindo Air dan syarikat kawan Merak Jalanan pasti berjangkit kepada syarikat-syarikat lain kerana umum mengetahui bahawa wabak itu memberikan kesan besar kepada ekonomi dunia.

Rantaian kesan itu kita dapat lihat apabila pusat beli-belah yang dahulunya sesak kini lengang dan pelbagai program yang boleh merancakkan ekonomi terpaksa ditangguhkan.

Industri pelancongan seperti hotel yang fokus kepada pelancong luar sebelum ini pastinya menerima kesan besar.

Merak Jalanan tidak mahu kita semua panik tetapi kita harus mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya kesan Covid-19 melanda syarikat kita bekerja.

Apa persediaan yang kita mampu buat jika menerima memo syarikat meminta kita bercuti dan dipotong gaji?

Adakah kita ada pelan kontigensi sekiranya berlaku kepada diri kita?

Bagi yang sudah mempunyai persediaan, maka teruskan dengan perancangan sedia ada tetapi bagi yang masih belum ada segeralah berbuat demikian kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Sumber

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.