Tawaran Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam KPLB. Latihan Percuma & Elaun Disediakan

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menganjurkan Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) sebagai Kapten Bas di bawah Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA).

Yuran adalah PERCUMA! Bukan itu sahaja, peserta akan terima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan. Tawaran adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan dan berminat untuk menjadi Kapten Bas. Bagi yang berminat, anda boleh hantar permohonan secara atas talian sehingga 7 Julai 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah Kejora (KEMBARA)
  • Jenis kursus: Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) Kapten Bas
  • Anjuran: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
  • Tempoh latihan: 3 bulan
  • Tarikh tutup permohonan: 7 Julai 2022

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat mengikuti program ini adalah:

  • Latihan percuma selama 3 bulan
  • Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan
  • Elaun latihan sebanyak RM150.00 sebulan
  • Makan, minum dan asrama disediakan sepanjang latihan

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Rakyat Malaysia berumur 21 – 40 tahun
  • Keutamaan kepada penduduk wilayah KEJORA
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca dan menulis
  • Bebas daripada pengaruh dadah dan alcohol
  • Pemegang Lesen D selama 2 tahun dan tiada rekod saman tertunggak

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk ikuti kursus yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh hantar permohonan secara online. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk proses temuduga. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Encik Amir Hafizal: 017 882 3086
  • Cik Norniza: 07 882 3085

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma