Daftar SSM Percuma 2026: Cara Mohon, Syarat & Siapa Layak (Panduan Lengkap) •Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri • Daftar SSM Percuma 2026: Cara Mohon, Syarat & Siapa Layak (Panduan Lengkap) •Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •

Permohonan Tajaan Biasiswa Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2022

Oleh Cikgu Shaari • June 24, 2022 • 3 min baca

Permohonan Tajaan Biasiswa Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2022
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kumpulan Yayasan Sabah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon tajaan Dermasiswa/ Biasiswa/ Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.

Pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma yang merupakan anak Sabah ingin sambung pengajian dipelawa untuk mohon tajaan yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tajaan biasiswa yang ditawarkan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan tajaan biasiswa Kumpulan Yayasan Sabah dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • BCNS dan BCPLB: 17 Jun hingga 30 Jun 2022
  • Tajaan lain: 17 Jun hingga 22 Julai 2022

SYARAT PERMOHONAN

Kriteria pemohon adalah seperti berikut:

  • Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau
  • Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau
  • Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah
  • KEUTAMAAN diberikan kepada mereka yang berasal dan menetap di negeri Sabah

JENIS TAJAAN

Biasiswa

  • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
    – Peringkat Pengajian: Matrikulasi/ Pra/ Asasi/ A”Level/ Diploma
    – Tempat Pengajian: Dalam Negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar (TTP)
  • Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
    – Peringkat Pengajian: Matrikulasi/ Pra/ Asasi/ Diploma
    – Tempat Pengajian: UTM/ UMS/ UMP/ UM/ UniSZA/ UniSHAMS/ Kolej Pro Baitumal/ KYTS/ UCSF/ KUIPSAS
  • Biasiswa Bahasa Arab/ Pengajian Islam
    – Peringkat Pengajian:Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
    – Tempat Pengajian: Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/ Program Berkembar (TTP)/ ASEAN/ Timur Tengah
  • Biasiswa Ulum Islamiah
    – Peringkat Pengajian: Ijazah Sarjana Muda
    – Tempat Pengajian: Universiti Al-Azhar Mesir
  • Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan) 
    – Peringkat Pengajian: Ijazah Sarjana Muda
    – Tempat Pengajian: UMP
  • Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/ KUIM)
    – Peringkat Pengajian: Diploma
    – Tempat Pengajian: KTYS
  • Biasiswa IPTA/IPTS
    – Peringkat Pengajian: Diploma
    – Tempat Pengajian: IPT tempatan
  • Biasiswa Pelancongan/Perhotelan
    – Peringkat Pengajian: Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
    – Tempat Pengajian: UCSF

Dermasiswa

  • Dermasiswa KTYS
    – Peringkat Pengajian: Sijil
    – Tempat Pengajian: KYTS
  • Dermasiswa Bahasa Arab (UCDF-Timur Tengah)
    – Peringkat Pengajian: Asasi – Ijazah Sarjana Muda
    – Tempat Pengajian: UCSF
  • Dermasiswa Kolej Profesional Baitumal, Kuala Lumpur
    – Peringkat Pengajian: FIA/ LCCI
    – Tempat Pengajian:Kolej Profesional, Kuala Lumpur

Pinjaman Pengajian

Pinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa Biasiswa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan “Online” (secara dalam talian) di http://www.yayasansabahgroup.org.my. Pemohon perlu mendaftar dengan emel peribadi yang aktif.

Langkah-langkah untuk mendapatkan ID dan kata laluan melalui sistem online:

  1. Sila klik “DAFTAR AKAUN” dan isikan nama, nombor MyKad, emel, negeri dan daerah asal
  2. Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan, sila tekan butang “Daftar”
  3. Selepas “Daftar” pemohon akan menerima emel yang mengandungi ID dan kata laluan
  4. Sila klik pautan di dalam emel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan online
  5. Sila lengkapkan borang permohonan mengikuti arahan yang disediakan

Tarikh tutup permohonan adalah sehingga 22 Julai 2022. Permohonan yang tidak memenuhi syarat TIDAK akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan mengenai masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088 326385/ 326385 atau emel ke alamat bppysinfo@ysnet.org.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.