Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Kursus Pembantu Kesihatan Percuma Bersama KPJ Buat Graduan Dan Penganggur

Oleh Cikgu Shaari • November 23, 2020 • 2 min baca

Tawaran Kursus Pembantu Kesihatan Percuma Bersama KPJ Buat Graduan Dan Penganggur
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan negeri Johor dengan kerjasama KPJ International College kini menawarkan Kursus Pembantu Kesihatan secara percuma melalui Program Johor Upskilling & Resklilling 2020 Fasa 3.

Program Johor Upskilling & Reskilling ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor iaitu membantu pekerja yang diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19 dan graduan yang menganggur bagi meningkatkan kebolehpasaran peluang penempatan pekerjaan di Negeri Johor.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus yang ditawarkan, anda boleh isi borang penyertaan secara dalam talian yang disediakan.

PROGRAM JOHOR UPSKILLING & RESKILLING FASA 3

Kursus yang ditawarkan melalui Program Johor Upskilling & Resklilling bagi Fasa 3 adalah:

  • Kursus Pembantu Kesihatan

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk menyertai kursus:

  • Lahir di Negeri Johor atau telah bermaustatin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut
  • Berumur 18 hingga 45 tahun semasa memohon
  • Hanya satu (1) Permohonan sahaja yang layak untuk memohon di kalangan isi rumah yang sama
  • Golongan yang diberhentikan kerja akibat penularan wabak Covid-19
  • Graduan SPM/ Sijil Kemahiran/ Diploma atau Ijazah yang menganggur minimum 1 tahun selepas tamat pengajian
  • Pemohon mestilah sihat tubuh badan , tidak rabun warna , dan tidak mengalami masalah kesihatan yang boleh menjejaskan proses pembelajaran

√Tawaran Kursus Pembantu Kesihatan Percuma Bersama KPJ Buat Graduan Dan Penganggur

CARA MOHON PENYERTAAN

Sekiranya anda merupakan rakyat Johor yang berminat dengan kursus yang ditawarkan, anda boleh daftar penyertaan sekarang sehingga 2 Disember 2020 (Rabu). Klik pautan berikut untuk memohon penyertaan:

Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan permohonan, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA. Pemohon dibenarkan memohon sekali sahaja sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.