Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •Dah Resign Tapi Gaji Akhir Belum Masuk? Ini Hak Pekerja Yang Ramai Tak Tahu •IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik •Resume Temuduga Letak Dalam Fail Atau Sampul? Ini Cara Paling Profesional Calon Patut Buat •Ini Gambaran Sebenar Hadir Temuduga Guru COS Di IPG, Dari Pendaftaran Sampai Mock Teaching • Ramai Tak Tahu, Perokok Di Kedai Makan Boleh Dilaporkan Kepada KKM. Ini Cara Buat Aduan Dengan Betul •Dah Resign Tapi Gaji Akhir Belum Masuk? Ini Hak Pekerja Yang Ramai Tak Tahu •IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik •Resume Temuduga Letak Dalam Fail Atau Sampul? Ini Cara Paling Profesional Calon Patut Buat •Ini Gambaran Sebenar Hadir Temuduga Guru COS Di IPG, Dari Pendaftaran Sampai Mock Teaching •

GENIUS iKurnia KPM: Daftar Kursus Online Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Percuma & Sijil Disediakan

Oleh Cikgu Shaari • July 28, 2021 • 2 min baca

GENIUS iKurnia KPM: Daftar Kursus Online Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Percuma & Sijil Disediakan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program GENIUS Kurnia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Kursus dalam Talian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kursus ini merupakan kursus dalam talian baharu yang menerangkan dengan terperinci mengenai panduan strategi intervensi bagi kanak-kanak bekeperluan khas.

Kursus ini boleh diikuti secara dalam talian dibangunkan khusus kepada guru-guru dan ahli terapi dalam menjalankan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas, selain turut dibuka penyertaannya kepada individu-individu yang berminat mendalami pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus online yang ditawarkan dan cara buat pendaftaran bagi yang berminat.

IKURNIA: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas menawarkan maklumat bagi komuniti khususnya guru-guru yang mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Kursus ini menerangkan aspek penting yang perlu dititikberatkan ketika mendidik atau menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Antara aspek penting tersebut adalah:

  • kaedah penaksiran yang perlu dijalankan,
  • kaedah pembangunan Pelan Pendidikan Individu dan Keluarga (PPIK),
  • aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dan sebagainya.

Kursus dalam talian yang tidak mengenal sempadan ini secara tidak langsung dapat membantu guru-guru mendidik kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih berkesan lagi.

KELEBIHAN KURSUS

Antara kelebihan kursus yang ditawarkan adalah:

  • PERCUMA dan akses 24 jam
  • E-Sijil disediakan
  • Terima mata jam kredit untuk SPLKPM dan MyCPD (tertakluk pada terma dan syarat)

MANFAAT KURSUS

  • Peserta dapat menyatakan pengalaman yang dihadapi oleh para ibu bapa dan guru yang mendidik anak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menyenaraikan langkah-langkah penaksiran yang dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
  • Peserta dapat menerangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi kanak-kanak
  • Peserta dapat menjelaskan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas

MODUL KURSUS

Modul dalam kursus ini merangkumi:

  • Modul 1: Perkongsian Pengalaman
  • Modul 2: Pentaksiran
  • Modul 3: Strategi Pengajaran
  • Modul 4: Aktiviti Pembelajaran

CARA DAFTAR

Individu yang berminat untuk daftar kursus online iKurnia yang ditawarkan boleh buat pendaftaran sekarang di laman berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus online iKurnia Pendidikan Awal Kanak-kanak berkeperluan khas, anda boleh rujuk di laman www.openlearning.com.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.