Daftar Temuduga Online Karnival Kerjaya Up (Miskin Bandar) & Terima Bantuan RM1,000 Jika Dapat Kerja

Panggilan buat semua warganegara Malaysia terutamanya yang menetap di Negeri Johor! PERKESO Negeri Johor menganjurkan Program Karnival Kerjaya Up (Miskin Bandar) 2021 bagi menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan pekerjaan bagi meneruskan kehidupan.

Jangan lepaskan peluang ini, pastikan anda buat pendaftaran sekarang untuk sertai temuduga secara atas talian yang akan dilaksanakan pada 31 Julai 2021 (Sabtu). Apa yang lebih menarik adalah pemohon yang berjaya mendapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima Insentif Mobiliti sehingga RM1,000!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan yang ditawarkan dan cara buat pendaftaran untuk sertai temuduga online.

MAKLUMAT KARNIVAL

  • Nama program: Program Kerjaya Up (Miskin Bandar) 2021
  • Anjuran: Pejabat PERKESO Negeri Johor
  • Tarikh: 31 Julai 2021 (Sabtu)
  • Masa: 9 pagi hingga 3 petang
  • Medium: Cisco WEBEX (Online)

INSENTIF MOBILITI SEHINGGA RM1,000

Insentif Mobiliti merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia dengan matlamat untuk menggalakkan golongan belia terutamanya untuk mencari pekerjaan dari satu tempat ke satu tempat lain.

Pemohon yang dapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima insentif sebanyak:

  • Sehingga RM1,000

Baca lebih lanjut: Mohon Bantuan Mobiliti RM1000 Secara “One-off” Jika Dapat Penempatan Kerja 

SENARAI MAJIKAN

Berikut adalah senarai majikan yang menawarkan peluang pekerjaan:

  • MEGA KABEL SDN BHD
  • AGENSI PEKERJAAN ACETALENT SDN BHD*
  • V.S INDUSTRY BERHAD
  • REGENCY SPECIALIST HOSPITAL
  • FLEXTRONICS TECHNOLOGY (PENANG) SDN BHD

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Semak senarai jawatan yang ditawarkan di bawah:

Daftar Karnival Kerjaya Up (Miskin Bandar) 2021. Temuduga Online Pelbagai Jawatan Ditawarkan Daftar Karnival Kerjaya Up (Miskin Bandar) 2021. Temuduga Online Pelbagai Jawatan Ditawarkan Daftar Karnival Kerjaya Up (Miskin Bandar) 2021. Temuduga Online Pelbagai Jawatan Ditawarkan Daftar Karnival Kerjaya Up (Miskin Bandar) 2021. Temuduga Online Pelbagai Jawatan Ditawarkan Daftar Karnival Kerjaya Up (Miskin Bandar) 2021. Temuduga Online Pelbagai Jawatan Ditawarkan

CARA DAFTAR

Individu yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan dan ingin sertai temuduga online boleh buat pendaftaran sekarang di laman berikut:

Borang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan kehadiran untuk yang yang akan menghadiri temuduga terbuka pada 31 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut:

  • En. Akmal: 019 2537947
  • En. Hakim: 013 6032411
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma