Dalam Temuduga Kerja SPA, Ini 5 Kriteria Yang Dinilai Pada Diri Calon Yang Anda Wajib Tahu

Anda calon yang tidak pernah hadir dapat peluang temuduga kerja dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau pernah hadir, tetapi tak lulus? Tahu tak, dalam temuduga SPA, panel bukan hanya sekadar nak lihat pencapaian anda, ada beberapa lagi aspek lain yang diambil kira dalam menilai diri calon.

Di Hari Bertemu Pelanggan SPA secara maya tahun 2021, seorang pegawai SPA telah kongsikan beberapa kriteria penilaian yang dilihat dalam diri calon dalam temuduga. Calon yang nak bekerja dalam sektor perkhidmatan awam  diminta ambil perhatian!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai kriteria penilaian dalam temuduga SPA yang dikongsikan oleh pegawai SPA.

KRITERIA PENILAIAN TEMUDUGA SPA

Berikut adalah kriteria penilaian temuduga SPA pada diri calon yang telah dinyatakan oleh pegawai SPA:

1) Keterampilan

Keterampilan diri calon adalah perkara pertama yang akan dilihat oleh panel penemuduga sebaik sahaja calon masuk ke bilik temuduga atau masuk ke sesi temuduga bagi temuduga secara online. Sebab itu PENTING untuk calon jaga keterampilan diri terutama dari segi:

  • Kekemasan diri
  • Keberkesanan Komunikasi
  • Bersopan
  • Sifat mesra

2) Kerja Berpasukan

Sifat kerja berpasukan adalah antara ciri calon yang paling penting dan dicari oleh majikan. Dalam temuduga, pastikan anda menunjukkan bahawa anda ada semangat kerja berpasukan yang kuat seperti:

  • Sifat toleransi
  • Suka kepada kerjasama
  • Memahami (empathy)
  • Assertif

3) Kepimpinan

Dalam temuduga, pastikan anda dapat membuktikan bahawa anda mempunyai sifat kepimpinan. Antara ciri-ciri pemimpin yang dapat anda tonjolkan dalam temuduga adalah:

  • Bersifat terbuka
  • Mempunyai sifat facilitate
  • Menunjukkan ciri tenang dan berkeyakinan
  • Mempunyai idea
  • Boleh memberi komitmen 100%

4) Jati Diri

Sifat jati diri juga perlu ada dalam calon yang diambil kerja. Panel temuduga SPA akan menguji calon untuk melihat sifat jati diri dari segi:

  • Kepatuhan
  • Sifat bertanggungjawab
  • Resilence
  • Disiplin
  • Taat Setia
  • Kesungguhan

5) Profesional, Kompetensi & Kemahiran

Calon boleh menunjukkan sifat yang profesional, kompetensi dan kemahiran dengan mempamerkan sikap penghasilan kerja berkualiti dan standard serta beretika dan berpengetahuan tinggal.

Kelima-lima kriteria penilaian yang dikongsikan di atas adalah penting untuk setiap calon ambil perhatian kerana panel penemuduga SPA akan mencari calon yang betul-betul memenuhi semua kriteria tersebut.

Tiada pengalaman kerja bukan penghalang untuk anda diambil kerja. Tingkatkan kualiti diri anda sendiri dan tunjukkan bahawa anda benar-benar layak untuk diambil bekerja.

Semoa bemanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma