Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Dah Tak Perlu Lekat Roadtax, Ini Cara Daftar MyJPJ Untuk Guna Lesen Memandu & Road Tax Digital

Oleh Cikgu Shaari • February 14, 2023 • 2 min baca

Dah Tak Perlu Lekat Roadtax, Ini Cara Daftar MyJPJ Untuk Guna Lesen Memandu & Road Tax Digital
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Khabar terbaru dari Menteri Pengangkutan ini mungkin sesuatu yang baru di Malaysia.  Loke Siew Fook memaklumkan kepada media hari ini bahawa kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, yang biasa dirujuk sebagai cukai jalan, berkuat kuasa mulai 10 Februari 2023.

Loke berkata ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat pendaftaran aplikasi MyJPJ untuk guna lesen memandu dan road tax secara digital.

KATEGORI KENDERAAN YANG MASIH PERLU MEMPAMERKAN ROAD TAX

Loke Siew Fook memaklumkan kepada media bahawa kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, yang biasa dirujuk sebagai cukai jalan, berkuat kuasa mulai 10 Februari 2023.

Pada fasa pertama, kategori kenderaan tertentu masih perlu mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, termasuk yang dimiliki oleh:

  • firma swasta
  • warga asing
  • kenderaan komersial
  • kenderaan perkhidmatan awam

Orang ramai digalakkan untuk mendaftar akaun JPJ di public.jpj.gov.my atau aplikasi telefon MyJPJ untuk mengakses lesen kenderaan motor digital dan lesen memandu.

CARA DAFTAR MYJPJ

Maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh diperolehi melalui Aplikasi Mobile MyJPJ dengan lebih mudah diakses dan cepat. Pengguna juga boleh mendapatkan perkhidmatan percuma seperti semakan saman, lesen memandu dan road tax digital.

Berikut adalah step-by-step panduan daftar aplikasi MyJPJ:

  1. Untuk mendaftar MyJPJ, anda kena guna ID MySikap Awam. Sebelum daftar MyJPJ, daftar dulu sebagai pengguna MySikap di https://public.jpj.gov.my/
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ di telefon pintar anda
  3. Untuk pengguna baru, klik ” Daftar Akaun Baharu
  4. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik “Hantar
  5. Pilih “Kategori- Orang Awam Malaysia” dan isi nama, nombor telefon, email dan verified email anda. Tick box disediakan untuk pengesahan semua maklumat
  6. Klik “OK” bila ada pop-up “Rekod berjaya Disimpan”
  7. Seterusnya jawab soalan keselamatan dan klik “Seterusnya”
  8. Tetapkan kata laluan dan klik “Hantar”

Siap! Kini anda dah boleh gunakan aplikasi MyJPJ.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan orang ramai tidak akan disaman sekiranya tidak memuat naik aplikasi MyJPJ selain tidak dapat menunjukkan cukai jalan secara digital ketika penguatkuasaan dilaksanakan.

Anthony berkata, ia berikutan penguat kuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.