Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Bagi Beralih Ke Fasa Endemik, Ini Konsep “Hidup Bersama Virus” Yang Perlu Anda Faham

Oleh Cikgu Shaari • September 3, 2021 • 2 min baca

Bagi Beralih Ke Fasa Endemik, Ini Konsep “Hidup Bersama Virus” Yang Perlu Anda Faham
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Setelah lebih kurang 2 tahun kita hidup dalam penularan wabak Covid-19, pelbagai usaha telah diambil bagi mengurangkan kadar jangkitan di kalangan orang ramai. Antara usaha jelas yang diambil di negara kita adalah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan pelaksanaan SOP yang ketat serta peningkatan kadar pemberian vaksin di seluruh negara.

Setelah mengambil kira beberapa aspek, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah memaklumkan Malaysia bakal memasuki fasa endemik Covid-19 bermula hujung Oktober 2021. Rakyat perlu bersedia untuk menerima konsep “hidup bersama virus” meskipun negara berjaya mengawal pandemik Covid-19.

Rujuk: Maksud Peralihan Ke Fasa Endemik

Apa yang dimaksudkan dengan konsep “hidup bersama virus”? Ini konsep yang perlu anda fahami.

PERSEDIAAN

  • Amalkan norma baharu
  • Patuh SOP bagi mencegah jangkitan
  • Pakai pelitup muka (pemakaian berganda amat digalakkan) di kawasan awam tertutup
  • Daftarkan diri & keluarga bagi mendapatkan vaksin

KUARANTIN KENDIRI

Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab:

  • Dikenal pasti sebagai kontak kasual, PUS, suspected/ confirmed cases
  • Selepas menjalani saringan Covid-19 sehingga keputusan diperolehi
  • Menjadi kontak rapat & masih menunggu panggilan PKD
  • Dikesan posiftif Covid-19 & sedang tunggu panggilan PKD melainkan perlu rawatan kecemasan
  • Amalkan pemantauan kendiri di rumah melalui HAT sebelum mendapat arahan selanjutnya daripada PKD & CAC
  • Ahli keluarga/ rakan serumah perlu prihatin dan peka keadaan kesihatan pesakit Covid-19 sepanjang kuarantin di rumah
  • Manfaatkan teknologi komunikasi bagi memantau kesihatan kaum keluarga/ rakan yang sedang kuarantin di rumah

INDIVIDU POSITIF COVID-19

Individu positif Covid-19 segera jalani pemeriksaan jika:

  • Demam berpanjangan
  • Sukar bernafas
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan dan minum
  • Kelesuan bertambah teruk
  • Perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan
  • Batuk, muntah dan cirit yang semakin teruk
  • Kurang kencing
  • Bibir/ jari kebiruan
  • Ketepuan oksigen <96%

Mereka yang bergejala segera hubungi CAC/ talian 999 untuk kecemasan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.