Kesilapan Rayuan BSH 2020 Fasa 3 Yang Boleh Menyebabkan Permohonan Rayuan Anda Gagal

Seperti yang kita semua sedia maklum, permohonan rayuan BSH 2020 untuk Fasa Ketiga boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Dengan pelbagai alasan serta kod tidak lulus, ramai juga yang gagal permohonan BSH Fasa 3 ini.

Bila permohonan tidak lulus pasti ada sesuatu yang tidak betul dalam permohonan anda yang mungkin anda tidak sedar.

Bagi mengelakkan kesilapan tersebut berlaku semasa buat permohonan rayuan, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa kesilapan yang mungkin akan menyebabkan permohonan rayuan anda GAGAL.

KESILAPAN PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 FASA 3

Sebab apa permohonan anda anda gagal? Mungkin ada kesilapan yang anda lakukan semasa permohonan tempoh hari. Bagi menyelakkan rayuan BSH anda juga gagal, sila elakkan lakukan beberapa kesilapan ini.

Nombor Akaun

Jangan sesekali letak nombor akaun bank suami ketika permohonan BSH 2020 Fasa 3. Kemaskini balik permohonan anda dan letak nombor akaun bank isteri

Pertindihan Maklumat

Jangan sesekali anda pertindihan maklumat. Ibu tunggal sila sertakan surat pengesahan cerai dan surat hak kelayakan penjagaan anak (dapatkan daripada surat perintah mahkamah) kepada LHDN secara manual. Jika suami isteri yang sudah bercerai tetapi guna nama anak yang sama semasa permohonan masing-masing, permohonan anda pasti akan mengalami masalah.

Nama Anda Digunapakai

Jangan biarkan bekas suami anda menggunakan nama anda semasa permohonan dilakukakan. Anda mungkin juga akan tidak berjaya didaftarkan permohonan disebabkan suami anda telah daftarkan nama anda bersama madu yang lain (Poligami). Sila cek semula di pejabat LHDN kenapa anda tidak lulus BSH 2020.

Permohonan Di Luar Negara

Jangan hantar permohonan ketika anda berada di luar negara. Jangan pandang ringan aktiviti ulang alik ke Thailand atau Singapura untuk urusan kerja. Anda perlu buktikan dan mengesahkan yang anda sedang bekerja di Singapura dan Thailand tetapi masih tinggal di Malaysia.

Anda boleh buktikan melalui bil elektrik dan bil air terkini serta surat pengesahan majikan. Hantar bukti-bukti tersebut ke pejabat LHDN untuk buat semakan semula.

Nama Anak Tiri Dalam Tanggungan

Jangan sesekali masukkan nama anak tiri dalam senarai tanggungan anda walaupun anda sudah lama menjaganya. Ini akan menyebabkan masalah dengan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara. Masukkan nama anak kandung berumur 18 tahun ke bawah sahaja.

Surat Kematian

Sekiranya anda mengalami kematian suami atau isteri, jangan lupa sertakan sokongan surat pengesahan kematian untuk sahkan status meninggal dunia semasa memohon atau kemaskini maklumat. Bukti untuk setiap situasi itu penting!

Status Perkahwinan

Jangan biarkan status perkahwinan anda menjadi sebab permohonan anda GAGAL. Sila sertakan bersama salinan sijil kahwin semasa buat permohonan. Sekiranya anda sudah bercerai, sila sertakan sijil cerai sebagai pengesahan.

Berdaftar SSM

Sekiranya nama anda berdaftar dengan SSM, secara automatik LHDN akan menganggap pendapatan anda melebihi RM2,000 walaupun sebenarnya pendapatan bulanan anda tidak sebanyak itu. Nama yang didaftarkan dengan SSM tidak akan mendapat kelulusan BSH.

Jadi sekiranya SSM anda sudah tidak aktif, sebaiknya anda batalkan SSM dan bawa surat sijil yang mengesahkan nama anda telah dipotong SSM untuk permohonan rayuan BSH Fasa 3 diluluskan dengan mudah. Sertakan juga bersama penyata bank antara 3 hingga 6 bulan untuk pengesahan lebih kukuh.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK RAYUAN BSH 2020

Dokumen sokongan adalah penting untuk buat permohonan rayuan sebagai sokongan kepada rayuan pemohon. Namun setiap individu akan mendapat kod yang berbeza-beza atas sebab tidak lulus permohonan. Jadi dokumen yang diperlukan untuk buat rayuan juga adalah berbeza.

Semak senarai dokumen yang perlu anda sertakan untuk memudahkan urusan kelulusan Rayuan BSH 2020.

Ingat, semasa buat rayuan permohonan pastikan anda sertakan bukti yang kukuh untuk buat permohonan semula agar anda tidak gagal permohonan rayuan ini. Sekiranya anda masih mushkil, anda boleh terus ajukan pertanyaan ke cawangan LHDN berdekatan berkaitan masalah kelulusan BSH 2020 Fasa 3 anda.

Baca juga: Cara Buat Permohonan Rayuan BSH 2020 Fasa 3

Sekiranya anda nak tahu jumlah sebenar BSH 2020 Fasa 3 yang anda akan terima, anda boleh baca Cara Pengiraan BSH Fasa 3 Yang Patut Anda Terima.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma