6 Kesalahan Yang Patut Dielakkan Dalam Penulisan Resume

Perkara pertama yang majikan akan tengok untuk kenali diri pemohon kerja sudah pasti resume. Walaupun belum pernah bersua muka, pelbagai penilaian dan andaian boleh dilakukan oleh majikan terhadap diri kita hanya berdasarkan resume yang dihantar.

Pernah tak anda terfikir kemungkinan apa yang anda letak dalam resume itu buatkan majikan tidak berminat nak tawarkan anda kerja walaupun anda berkelayakan. Kebanyakan pemohon kerja melakukan kesalahan yang sama dalam resume dan menyebabkan mereka gagal ditawarkan kerja.

Nak tahu apa kesalahan tersebut? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 6 kesalahan yang biasa dilakukan dan perlu dielakkan dalam penulisan resume.

6 KESALAHAN YANG PERLU DIELAKKAN DALAM PENULISAN RESUME

1. Terlalu Formal

Pasti anda merasakan dalam penulisan resume mestilah ditulis secara formal sepenuhnya kerana urusan permohonan kerja ini adalah urusan rasmi. Tahukah anda sebenarnya resume yang terlalu formal menjengkelkan pembaca apabila ia langsung tiada elemen menarik dan tidak boleh memberikan majikan merasai vibes personaliti calon.

Ini bukanlah bermaksud anda perlu menulis  resume secara tidak formal, sebaliknya jangan terlalu formal seperti anda menulis surat rasmi. Apa yang penting adalah tatabahasa dan adab penulisan perlu dijaga.

2. Ringkasan Yang Terlalu Panjang

6 Kesalahan Yang Patut Dielakkan Dalam Penulisan Resume

Jika anda memikirkan bahawa semakin panjang anda tulis, semakin teruja majikan membacanya, ternyata anda salah. Majikan tidak mempunyai banyak masa untuk membaca karangan dalam resume anda. Ringkasan pada resume jadi menjengkelkan apabila ia terlalu panjang dan terlalu banyak adjektif.

Jadi sebaiknya ringkasan ditulis dalam bentuk point dengan jelas menyatakan pencapaian berkaitan.

3. Memulakan Point Dengan Ayat “Bertanggungjawab untuk”

Penggunaan ayat “bertanggungjawab untuk” hanya menerangkan job requirements, bukan menerangkan apa yang boleh dilakukan oleh calon tersebut dalam melakukan fungsi yang dinyatakan.

Untuk mendapat hasil yang baik, ambil masa untuk menulis dengan keterangan yang jelas apa yang telah dilakukan dan dicapai, bukan tulis tentang apa yang diharapkan untuk calon capai atau lakukan.

4. Pengalaman Kerja

Bahagian pengalaman kerja dalam resume ini biasanya bahagian yang sering calon lakukan kesalahan. Kesalahan yang dilakukan dalam resume adalah apabila calon masukkan pengalaman kerja berjela-jela banyaknya.

Kalau anda nak masukkan pengalaman kerja, masukkan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja. Tidak perlu nak masukkan pengalaman anda bekerja di kedai runcit, part time job ketika belajar dan sebagainya yang tidak berkaitan.

5. Kecuaian Dalam Penulisan Akibat Kurang Beri Perhatian

6 Kesalahan Yang Patut Dielakkan Dalam Penulisan Resume

Walaupun nampak sedikit, sebenarnya typo dalam resume ialah antara kecuaian yang boleh menyebabkan bakal majikan menolak resume anda. Kecuaian ini menunjukkan calon seorang yang pemalas, tidak fokus dan tidak serius sehingga kesalahan begini berlaku.

Jadi, selepas anda update resume anda, jangan malas untuk cek dan sunting setiap kesalahan ejaan, tatabahasa dan penggunaan ayat yang dilakukan.

6. Rujukan

6 Kesalahan Yang Patut Dielakkan Dalam Penulisan Resume

Kebanyakan resume memang ada diletakkan rujukan beserta alamat, jawatan dan nombor telefon untuk dihubungi. Kononnya bakal majikan akan hubungi majikan lama anda dan minta pendapat tentang anda di tempat kerja lama. Kalau diikutkan logik, pastinya anda akan masukkan rujukan yang baik dengan anda atau anda dah pun maklumkan kepada rujukan supaya cakap benda elok-elok sahaja pasal anda.

Jadi memang kebanyakan bakal majikan tidak akan hubungi rujukan yang diberi oleh calon. Melainkan dalam panduan permohonan, mereka ada minta anda letakkan nama rujukan. Kalau tidak diminta, tidak salah pun kalau anda tidak letak.

Semoga perkongsian mengenai beberapa kesalahan yang perlu anda elakkan dalam penulisan resume ini dapat memberikan idea untuk anda membina resume yang terbaik. Ingat, anda tidak perlu resume setebal buku teks untuk jadi yang terbaik, yang penting maklumat yang diberikan ringkas dan padat. Semoga berjaya!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma