Nampak Biasa, Tapi 4 Kesalahan Resume Ini Boleh Menyebabkan Majikan Reject

Perkara pertama yang majikan akan tengok untuk kenali diri pemohon kerja sudah pasti resume. Walaupun belum pernah bersua muka, pelbagai penilaian dan andaian boleh dilakukan oleh majikan terhadap diri kita hanya berdasarkan resume yang dihantar.

Pernah tak anda terfikir kemungkinan resume yang anda hantar itu buatkan majikan tidak berminat nak tawarkan anda kerja walaupun anda berkelayakan. Kebanyakan pemohon kerja melakukan kesalahan yang sama dalam resume dan menyebabkan mereka gagal ditawarkan kerja.

Kesalahan ini kesalahan biasa sahaja yang boleh diubah, tetapi ramai tak tahu! Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kesalahan biasa dalam resume yang perlu anda ubah sekarang.

4 KELEMAHAN BIASA PADA RESUME

1. Resume Tidak Dihantar Dalam Bentuk PDF

Biasanya kesalahan ini dilakukan oleh pencari kerja yang pertama kali nak mohon kerja. Nampak remeh sahaja, tetapi inilah yang berlaku. Pastikan resume yang anda hantar dalam bentuk PDF. Ini adalah penting untuk memastikan dokumen yang anda hanya tidak boleh diubah oleh sesiapa. Bukan itu sahaja, hantar dalam pdf ini juga untuk mengelakkan format resume anda lari apabila dihantar ke majikan.

Bukan susah pun nak tukar fail Microsoft Word ke PDF. Jika anda menggunakan Microsoft Word versi 2013 dan ke atas, anda boleh terus “Save As” PDF untuk resume yang anda tulis.

2. Maklumat Utama Tidak Teratur

Susun atur maklumat dalam resume anda juga perlu diambil kira, jangan main letak sahaja. Pastikan susunan maklumat dalam resume anda mengikut keutamaan dan masukkan maklumat yang penting sahaja.

Jangan tulis resume tunggang terbalik dan menyebabkan bakal majikan anda pening untuk memahami semua maklumat yang anda tulis dalam resume. Biar resume yang dihantar sedap mata memandang!

3. Objektif Terlalu Panjang

Semua orang tahu yang tujuan anda menulis resume adalah untuk mencari pekerjaan. Jadi anda tidak perlu untuk menulis objektif resume tentang “mencari pekerjaan” atau seumpamanya. Jika anda nak tulis juga objektif dalam resume, pastikan ianya ringkas dan tidak terlalu makan ruang. Masukkan kelebihan anda secara ringkas untuk tarik perhatian majikan.

Rujuk: Contoh Objektif Resume Dalam Bahasa Inggeris

4. Maklumat Resume Terlalu Panjang

Semua orang tahu resume yang terbaik adalah resume yang ringkas dan padat. Pastikan resume yang anda tulis tidak terlalu panjang! Sesetengah orang kalau boleh nak buat karangan dalam resume sebab nak ceritakan secara terperinci. Jangan begitu, pastikan anda cerita secara ringkas sahaja setiap maklumat dan gunakan ruangan pada resume semaksimum mungkin.

Jangan sesekali biarkan ruangan kosong yang tidak sepatutnya pada resume anda. Sekiranya anda ada banyak pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, anda boleh buat resume 2 muka.

Rujuk: Panduan Buat Resume 2 Muka Surat

Dah tahu kelemahan-kelemahan resume yang boleh membuat bakal majikan reject ini, jangan pula anda buat lagi. Pastikan anda semak resume anda sekarang.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma