Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Tawaran Kerjaya PROTEGE CIMB Seluruh Negara Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang

Oleh Cikgu Shaari • September 27, 2022 • 2 min baca

Tawaran Kerjaya PROTEGE CIMB Seluruh Negara Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) CIMB direka untuk memberi peluang yang baik kepada graduan baharu untuk meneroka dan menimba pengetahuan tentang industri perbankan. Graduan yang berminat untuk bina kerjaya melalui program PROTEGE CIMB adalah dipelawa untuk buat permohonan.

Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kebolehpasaran dan keusahawanan melalui latihan berstruktur dan semasa bekerja. Permohonan bagi mengikuti  program PROTEGE CIMB ini dibuka sepanjang masa, anda boleh buat permohonan sekarang secara atas talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran program PROTEGE CIMB dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) CIMB
  • Majikan: CIMB Bank
  • Tempoh program: 8 bulan (1 minggu latihan bilik darjah & 8 bulan on the job training)
  • Tempoh permohonan: Dibuka sepanjang tahun

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Calon mesti memiliki minima Diploma dalam mana-mana bidang
  • Berorientasikan hasil, bersemangat dan sangat mudah menyesuaikan diri
  • Keupayaan untuk bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan mampu berinteraksi secara aktif dengan semua peringkat orang.

CARA MOHON

Graduan dari pelbagai bidang pengajian yang berminat untuk bina kerjaya bersama CIMB melalui program PROTEGE ini dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas boleh buat permohonan secara atas talian sekarang. Permohonan dibuka sepanjang masa. Lengkapkan permohonan anda melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan, anda boleh terus ke laman web Career CIMB.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.