Tawaran Kerjaya PROTEGE CIMB Seluruh Negara Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) CIMB direka untuk memberi peluang yang baik kepada graduan baharu untuk meneroka dan menimba pengetahuan tentang industri perbankan. Graduan yang berminat untuk bina kerjaya melalui program PROTEGE CIMB adalah dipelawa untuk buat permohonan.
Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kebolehpasaran dan keusahawanan melalui latihan berstruktur dan semasa bekerja. Permohonan bagi mengikuti program PROTEGE CIMB ini dibuka sepanjang masa, anda boleh buat permohonan sekarang secara atas talian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran program PROTEGE CIMB dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) CIMB
- Majikan: CIMB Bank
- Tempoh program: 8 bulan (1 minggu latihan bilik darjah & 8 bulan on the job training)
- Tempoh permohonan: Dibuka sepanjang tahun
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Calon mesti memiliki minima Diploma dalam mana-mana bidang
- Berorientasikan hasil, bersemangat dan sangat mudah menyesuaikan diri
- Keupayaan untuk bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan mampu berinteraksi secara aktif dengan semua peringkat orang.
CARA MOHON
Graduan dari pelbagai bidang pengajian yang berminat untuk bina kerjaya bersama CIMB melalui program PROTEGE ini dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas boleh buat permohonan secara atas talian sekarang. Permohonan dibuka sepanjang masa. Lengkapkan permohonan anda melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan, anda boleh terus ke laman web Career CIMB.