Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9

Oleh Cikgu Shaari • December 30, 2020 • 3 min baca

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Jabatan Audit Negara amat menggalakkan calon yang berkelayakan untuk mohon jawatan yang ditawarkan.

Jika berminat, ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan lengkap memohon melalui sistem SPA9.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Jabatan Audit Negara
  • Jawatan: Penolong Juruaudit Gred W29 & Juruaudit Gred W41
  • Kekosongan: 42 (Penolong Juruaudit) & 19 (Juruaudit)
  • Simpanan: 150 (Penolong Juruaudit) & 150 (Juruaudit)
  • Tarikh tutup permohonan: 5 Januari 2021

SYARAT LANTIKAN

Semak syarat lantikan yang ditetapkan di bawah:

Penolong Juruaudit Gred W29:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki:
    i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpanan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau;
    iv)Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Juruaudit Gred W41

  • WarganegaraMalaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki:
    i)ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    iii)Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;atau
    v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia

CHANEL TELEGRAM RASMI JURUAUDIT & PENOLONG JURUAUDIT

Kepada semua calon Juruaudit dan Penolong Juruaudit, pastikan anda join chanel Telegram rasmi Juruaudit SPA9 di bawah untuk mendapatkan contoh-contoh soalan terkini peperiksaan dan juga rujukan.

Klik pautan dibawah untuk join telegram Juruaudit.

CHANEL TELEGRAM JURUAUDIT

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 3

Pergi ke bahagian Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi. Pilih jawatan Penolong Juruaudit W29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9

Pergi ke bahagian Ijazah untuk pilih jawatan Juruaudit Gred W41. Klik +Tambah untuk mohon jawatan.

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Selamat memohon!

IKLAN JAWATAN

Penolong Juruaudit Gred W29:

Juruaudit Gred W41:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.